Menepati ramalan peminat, akhirnya pihak pengurusan kumpulan penyanyi wanita Korea terkenal, Blackpink mengesahkan bahawa kumpulan itu bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa Selena Gomez.

Duet Baharu 28 Ogos 

Menerusi sebuah single duet baharu, pihak YG Entertainment berkongsi sebuah poster ‘teaser’ lagu tersebut yang bakal diperdengarkan secara rasmi pada 28 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah Selena sendiri turut memuatnaik kejutan tersebut selain menyatakan rasa teruja untuk memperdengarkannya buat semua peminat mereka pada hujung bulan ini.

IKLAN

Selpink Trending 

Melihatkan pada kolaborasi tersebut, peminat telah mewujudkan beberapa hashtag khas buat penyanyi kesayangan mereka seperti ‘Selpink’ yang kini trending di laman Twitter. Terdahulu, selepas Lady Gaga dan Dua Lipa berkolaborasi bersama Blackpink, beberapa nama penyanyi lain turut menjadi spekulasi gandingan baharu antaranya seperti BTS, Taylor Swift dan ramai lagi.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry