Umum tahu bahawa buah tomato mempunyai manfaat dan khasiat yang baik, bukan sahaja untuk kesihatan jantung tetapi juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun, ianya perlulah diamalkan setiap hari.

Buah tomato mengandungi berbagai vitamin seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan antioksidan dan ia juga kaya dengan lycopene serta mampu membantu membakar lemak-lemak jahat dalam badan.

Dengan mengamalkan meminum jus buah tomato, ia memberikan banyak manfaat untuk kesihatan dan juga baik dijadikan sebagai diet yang sihat dan mampu menurunkan berat badan.

Lycopene yang terkandung di dalam buah tomato berfungsi melindungi sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas. Oleh itu, ia dapat mengurangkan proses oksidatif dalam sel-sel tubuh manusia.

Berikut adalah beberapa manfaat lain jus buah tomato yang baik untuk kesihatan.

Kesihatan Jantung

via tribunnews.com

Jantung merupakan organ yang paling penting dalam tubuh badan manusia. Fungsi utama jantung adalah membekalkan oksigen kepada semua organ dalam badan. Jadi, menjaga kesihatan jantung adalah sangat penting kerana jika ianya tidak dijaga dengan baik, ia akan mengakibatkan terjadinya serangan jantung dan boleh menyebabkan kematian.

Salah satu petua yang ternyata dapat menjaga kesihatan jantung yang sihat ialah dengan mengamalkan meminum jus buah tomato.

IKLAN

Kajian yang telah dilakukan kepada lebih 600 orang atau peserta mendapati bahawa mereka yang mengikuti diet tomato mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Ini kerana, tomato mengandungi antioksidan yang sangat tinggi seperti lycopene dan beta-karoten yang ternyata mampu mengurangkan risiko penyakit dan serangan jantung.

Melawan Sembelit

via Grid.ID

Jangan memandang ringan tentang penyakit ini kerana ia boleh menyebabkan kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jus buah tomato adalah salah satu amalan sarapan yang sihat kerana ia adalah kaedah paling berkesan untuk melawan sembelit. Ini juga terbukti kerana tomato yang kaya dengan serat dapat memperbaiki sistem penghadaman dengan baik. Dengan amalam minum jus buah tomato setiap hari, ia dapat menghindarkan dari masalah sembelit.

Mencegah Masalah Buah Pinggang Dan Batu Karang

via Sinar Harian

Buah tomato yang dapat bertindak sebagai disinfektan bagi melindungi tubuh badan daripada cirit-birit dan mengelakkan berlakunya batu karang dalam jangka masa yang panjang. Jus buah tomato juga dapat mengelakkan daripada masalah pada saluran kencing.

Penjagaan Kesihatan Rambut

via Hijabista

Amalan meminum jus buah tomato secara berkala mampu memperbaiki penampilan dan tekstur rambut. Kandungannya yang kaya dengan vitamin K dapat menguatkan akar rambut dan menjadikannya lebih sihat dan bersinar.

Meningkatkan Sistem Imun Badan Dan Mengurangkan Risiko Darah Beku

via Kompas Health

Minum jus tomato setiap hari boleh meningkatkan kadar vitamin C dalam darah dan boleh mengawal kadar penghasilan hormon dan menguatkan sistem daya tahan tubuh. Meminum jus tomato juga boleh menenangkan diri dari masalah tekanan atau stress.

Kandungan fitonutrien yang terdapat pada buah tomato diyakini dapat mengurangkan masalah darah beku dalam badan. Gumpalan yang terlalu banyak dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah darah beku dan tersumbat, ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.

Pastikan tomato segar telah dibasuh sebelum dibuat jus atau dimakan. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat yang baik buat pembaca Murai.My.

IKLAN

Selamat Beramal!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry