Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Berkulit Gelap? Ini 3 Langkah Penjagaan Wajah Ala Rihanna

by Jash Lee
August 30, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap selebriti pastinya mempunyai cara tersendiri dan rawatan yang istimewa bagi menjaga kulit wajah mereka untuk tampil secara optimum di depan orang ramai dan peminat. Rawatan wajah yang mereka lakukan seringkali membuatkan peminat ingin tahu dan obses untuk meniru cara artis pujaan mereka menjaga kulit wajah. Salah satu artis yang berkulit hitam manis dan ramai yang menjadikan beliau sebagai idola adalah penyanyi Barbados yang juga pengusaha kosmetik, Rihanna.

Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, bercahaya dan glowing, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Umbrella’ ini mempunyai cara yang khusus untuk merawat wajahnya. Dalam sebuah video yang bertajuk, ‘Go To Bed With Me’ dengan Harper’s Bazaar yang dimuat naik pada 4 Ogos, Rihanna mendedahkan beberapa rutin penjagaan kulit wajahnya.

“Ini adalah rutin penjagaan kulit saya sebelum tidur, tetapi sebenarnya sama dengan rutin penjagaan kulit pada waktu pagi jika saya keluar tanpa sebarang solekan. Ketika melakukan rawatan muka, saya biasanya tidak menggunakan tisu basah atau kapas kerana saya ingin menyelamatkan bumi.” kata penyanyi yang senang digelar Riri.

Jadi, jom kita tengok bagaimana langkah-langkah penjagaan wajah secara sederhana dan tidak memerlukan waktu yang lama ala-ala Rihanna.

Membersihkan Kulit Wajah

via Bazaar

Boleh dikatakan sebilangan besar wanita akan mengenakan alat solek setiap hari bagi menjaga penampilan mereka dan Rihanna juga tidak terkecuali bagi menjaga keperluan penampilannya. Bagi mengelakkan kulit wajahnya dari jerawat atau masalah kulit yang lain, Rihanna mengakui dia akan memastikan kulitnya dibersihkan dengan menggunakan pembersih 2 dalam 1 dari jenama Fenty Skin Total Cleanser Remove It All Cleanser.

via Twitter

Daripada menggunakan teknik pembersihan 2 kali ganda dengan pelbagai produk pembersih wajah, Rihanna sangat menyukai produk pembersih ini kerana dapat menghilangkan solekan dan membersihkan wajah sekaligus.

“Saya melakukan ini secara berkala pada waktu pagi dan malam, tidak kira pada hari itu saya memakai alat solek ataupun tidak.” 

Pemakaian Toner

via Beauty Journal – Sociolla

Setelah membersihkan wajahnya, Rihanna meneruskan langkah penjagaan wajahnya dengan penggunaan toner. Dilaporkan, salah satu produk kegemaran Rihanna adalah Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum.

Rihanna memilih produk ini kerana ia berbeza dari kebanyakan toner yang lain. Produk ini dikatakan berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai toner dan juga serum. Oleh sebab itu, teksturnya lebih tebal tetapi masih terasa ringan.

“Toner ini dapat menjadikan kulit wajah lebih lembut, lembap dan dapat mengecilkan pori-pori. Ia juga menjadikan wajah saya kelihatan lebih muda walaupun usia saya sebenarnya sudah 32 tahun.” kata Rihanna sambil ketawa.

Semasa menggunakan toner, Rihanna selalu menuangkan toner ke tapak tangan dan menyapu ke seluruh wajah sambil menepuk dengan lembut. Menurut Rihanna, cara ini secara langsung dapat mengurangkan sisa kapas ketika menggunakan toner.

Menggunakan Pelembap Dan Sunblock

via Beauty Journal – Sociolla

Walaupun Rihanna memiliki warna kulit yang sedikit gelap, itu tidak bererti Rihanna tidak memerlukan pelindung matahari atau sunblock. Menurut Rihanna pelindung matahari adalah langkah penjagaan wajah yang paling penting yang dapat melindungi kulit dari kerosakan atau kesan buruk akibat dari sinaran UV. Oleh itu, pelindung matahari atau sunblock dengan SPF yang sesuai sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jenis dan warna kulit.

Untuk sunblock, Rihanna sangat menyukai produk Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen. Menurut Rihanna, selain dapat melindungi kulit dari sinaran UV, produk ini juga dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.

“Sebilangan besar produk pelindung matahari yang dijual di pasaran biasanya meninggalkan kesan putih setelah disapu ke muka, tetapi tidak pada produk ini. Kerana saya ingin semua wanita dengan apa jua warna kulit dapat menggunakan pelindung matahari dan pelembap tanpa meninggalkan kesan putih atau kelabu pada wajah.” katanya.

penjagaanwajahalaalarihanna kulitgelap
https://lomp.at/tw7ch
Share18Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore