Monday, July 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Anda Suka Mencabut Uban? Jangan Diulangi Sekiranya Anda Tidak Mahu Kesan Buruk Ini Terjadi

by Amirul Fikry
September 19, 2020
252
KONGSIAN
Share on Facebook

Uban yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan keyakinan diri akan sedikit terganggu. Walaupun anda tidak yakin dengan rambut yang beruban, cuba untuk tidak mencabutnya kerana mencabut uban sebenarnya dapat memberi kesan yang buruk kepada kulit kepala.

Jadi jangan sesekali mencabut uban, mari kita lihat apa kesan buruk daripada tabiat gemar mencabut uban.

Uban sememangnya akan muncul jika seseorang semakin meningkat usia. Ada juga golongan yang sudah beruban walaupun usia masih muda. Namun, keadaan ini tentunya memerlukan pemeriksaan jika rambut putih atau uban sudah tumbuh dengan banyak pada usia yang masih muda.

Selain daripada faktor usia, uban juga boleh muncul atas beberapa sebab lain seperti keturunan, persekitaran yang tidak baik, tekanan, pendedahan kepada asap rokok dan perubahan hormon.

Sekiranya anda mengalami keadaan ini, anda pasti akan mencabut uban kerana anda merasakan ianya telah mengganggu penampilan anda. Tetapi siapa sangka bahawa mencabut uban amat tidak digalakkan dan ianya boleh mencetuskan beberapa perkara seperti yang akan kami senaraikan.

Merosakkan Tekstur Rambut 

via bejelita.com

Mencabut setiap helaian uban boleh menyebabkan kerosakan pada tekstur rambut. Akibatnya, rambut yang baru tumbuh akan menjadi lebih kusut dan kasar.

Merosakkan Kulit Kepala

Sudah tentu uban yang tumbuh di kepala tidak hanya pada satu bahagian sahaja. Sekiranya anda mempunyai tabiat untuk kerap mencabut uban, ini boleh menyebabkan kerosakan pada folikel rambut. Ia akan menjadi bertambah teruk dan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada kulit kepala.

Menipiskan Rambut

via brilistyle.brilio.net

Semasa mencabut uban, secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jumlah helaian rambut anda dan sekaligus dapat merosakkan akar rambut. Lebih teruk lagi, jika ia kerap dicabut, maka rambut akan menjadi lebih nipis.

Selain daripada beberapa kesan buruk yang telah kami senaraikan di atas, anda juga telah menghabiskan banyak masa di depan cermin untuk mencabut uban di kepala. Sekiranya anda mahu menghilangkan atau mengurangkan uban, anda mungkin boleh cuba cara lain seperti memotong rambut. Ini kerana jika anda memotong rambut, ia sama sekali tidak akan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi lebih sihat.

Untuk apa anda perlu risau? Bukankah sudah menjadi trend orang sekarang yang sememangnya suka menampilkan gaya rambut yang berwarna putih atau kelabu yang seakan-akan uban. Apa salahnya jika uban sebenar di kepala anda juga adalah mengikut trend sekarang. Yang penting, buang tabiat suka dan kerap mencabut uban.

sukacabutuban rambutberuban cubaelakkan kesankulitkepala kesanburuk
https://lomp.at/ucum1
Share112Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Radzi Ghani (FB)
missmurai

Tips Banjir: Barang Elektrik & Perabot Boleh Selamat Jika Bina ‘Benteng’ Ini Untuk Elak Air Masuk Rumah

by Soph Azz
December 1, 2023

Umum mengetahui, setiap hujung tahun pasti akan ada bencana banjir yang melanda di sesetengah kawasan dalam Malaysia. Sudah menjadi satu...

Read more
Islamik

Selain Jaga Solat, Ini 8 Tips Yang Lain Untuk Menunaikan Umrah Buat Pertama Kali

Ibadat Haji dan Umrah merupakan satu rukun daripada lima rukun islam dan ianya menjadi puncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada...

Read more
by Amirul Fikry
November 8, 2023
Tips

Ini Adalah 3 Ilmu Yang Hukumnya Berdosa Jika Umat Islam Tidak Mempelajarinya, Tidak Kira Usia!

Sebagai umat islam yang mukallaf (Baligh), wajib untuk memperlajari 3 ilmu fardhu ain dan mengamalkannya dan jatuh hukum berdosa jika...

Read more
by Amirul Fikry
November 7, 2023
Budaya

TV1 Siar Program “Seruan Haji” Mulai 15 Mei Ini

Jenama program “Seruan Haji” sememangnya dekat di hati penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji. Ditayangkan Setiap Hari Secara...

Read more
by Aphit J.
May 14, 2023
Tips

Cara Menurunkan Berat Badan, Bagi Yang Malas Bersenam! Hilang 10KG Sebulan!

Bagi sesetengah individu, mereka mempunyai kekangan masa yang amat terhad dalam seharian mereka. Pagi pergi kerja, malam pulang kerja kemudian...

Read more
by Amirul Fikry
May 9, 2023
Tips

Anda Mempunyai Si Bulus? Ini Adalah Makanan Manusia Yang Berbahaya Untuk Kucing

Terdahulu kucing dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan pemusnah yang lain. Manakala hari ini pula, kucing merupakan salah...

Read more
by Amirul Fikry
April 14, 2023
Foto - Twitter
missmurai

Hanya 2, 5, 10 Minit? Cara Pantas Untuk Hilangkan Stress Kerja

Tak ada kerja yang tak stress.! Itu hakikat yang kamu kena tahu. Pernahkah kamu mengalami saat di mana penglihatan mula...

Read more
by Lisa Ghani
April 3, 2023
Foto - Rotikaya
Kecantikan

Beli Emas Sampai Jangan Kena Tipu, Ketahui Perkara Ini Dulu!

Psst... Kalau kamu merancang nak beli emas, tunggu dulu! Pastikan sebelum membeli emas, kamu ada wang lebih dan mencukupi untuk...

Read more
by Soph Azz
December 27, 2022
Foto - Pinterest
Kesihatan

Cara Jaga Badan Semasa Melancong, Makan Puas-Puas Tapi Maintain Kurus

Lumrah bila pergi melancong, kita tak japat elak daripada mencuba pelbagai juadah. Lagi pula kalau jenis yang foodie, pantang nampak...

Read more
by Lisa Ghani
December 15, 2022
Budaya

Jom Belajar 4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

Pernahkah anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah...

Read more
by Aphit J.
October 2, 2022
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem