Ketika ini di laman Twitter, nama pelakon dan pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Riz trending di tangga teratas selepas warganet membuat spekulasi kononnya dia sah bercinta dengan selebriti popular, Neelofa.

Pelbagai Spekulasi Oleh Warganet

Spekulasi tersebut muncul selepas, kedua-duanya memakai sedondon berwarna rona biru mengikut tema ketika menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Neelofa semalam.

Menghangatkan lagi spekulasi tersebut, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail,25 bukan sahaja bergambar bersama keluarga Neelofa, malah adik pemilik jenama Naelofar itu,Athisha Khan yang juga selebriti media sosial seolah-olah memberikan petunjuk bahawa dia hanya akan berkahwin selepas seorang lagi ahli keluarganya mendirikan rumahtangga.

IKLAN

Kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila turut memberi emoji gambar hati (love) ketika sedang merakam perbualan adiknya itu bersama PU Riz menerusi Insta-story miliknya.

Peminat Gembira 

Dalam pada itu, warganet mengandaikan kenyataan tersebut kononnya merujuk kepada Neelofa yang akan berkahwin dahulu serta dalam masa yang sama turut gembira seandainya kedua-dua selebriti itu hangat bercinta.

Untuk rekod, pada awal September media tempatan melaporkan hubungan rapat PU Riz dengan Neelofa hanya atas kerja dan mereka sudah lama bekerjasama untuk beberapa program sebelum ini.

Hubungan rapat diantara mereka mula diperkatakan apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering dijemput menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa pada Ramadan lalu.

IKLAN