Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Bahaya! Ini Kesan Buruk Jika Menahan Kentut Terlalu Lama

by Amirul Fikry
October 3, 2020
98
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka bahawa jika kita menahan kentut boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Ya, kerana kentut sebenarnya adalah perkara yang  semulajadi kepada setiap manusia.

via blogspot.com

Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Perubatan Nasional AS, Institut Kesihatan Nasional menyatakan bahawa secara umum, manusia sebenarnya akan menyebarkan gas sebanyak 476 hingga 1,490 mililiter gas dalam sehari.

Pada setiap kali kita kentut, badan akan melepaskan sekitar 33 sehingga 125 mililiter gas.

Jadi, sudah berapa kali anda menahan kentut pada hari ini? Atau juga, kita mesti pernah merasa bagaimana keadaan ketika kita cuba untuk menahan dari kentut terutama sekali waktu berada di tempat yang ramai orang. Memang sesuatu yang memalukan jika orang di sekeliling kita tahu yang kita telah melepaskan kentut kerana persepsi bahawa kentut sebagai satu perkara yang agak kasar. Namun, jika kita menahan kentut terlalu lama, ini boleh mengakibatkan perut anda menjadi lebih sakit dan boleh mendatangkan bahaya lain pada kesihatan tubuh badan.

Jom kita tengok apakah antara bahaya lain jika kita menahan kentut terlalu lama.

Keracunan Gas

via titiknol.co.id

Menahan kentut boleh mengakibatkan tekanan yang kuat pada rongga di dalam usus. Tekanan ini juga boleh menjadi lebih tinggi dalam darah. Oleh itu, gas akan memasuki saluran darah dan kemudian gas tersebut akan disebarkan ke seluruh badan.

Jangkitan Diverticulosis

via blogspot.com

Jangkitan diverticulosis adalah kantung kecil yang terbentuk pada lapisan usus besar. Kesan yang berlaku adalah perut akan berasa sangat sakit, demam, mual dan mengganggu pergerakan usus serta susah untuk membuang air besar.

Buasir

via wordpress.com

Menahan kentut juga boleh menyebabkan buasir. Ianya berlaku kerana pergerakan dan tekanan yang berlebihan pada rektum ketika menahan kentut yang menjadikan otot disekitarnya menjadi tegang dan saluran darah melebar sehingga buasir akan berkembang.

Peritonitis

via healthjade.net

Peritonitis adalah keradangan yang berlaku di peritoneum, iaitu tisu yang melapisi dinding dalaman perut yang meliputi sebahagian besar organ perut.

Jelas bukan akan bahaya yang boleh terjadi sekiranya anda kerap menahan kentut. Jadi, lepaskan sahaja kerana ia tidak baik untuk kesihatan tubuh badan anda jika anda terus menahannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
jangantahankentut janganmalu merbahaya
https://lomp.at/jq80u
Share52Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem