Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Boleh Cuba! 5 Bahan Masakan Ini Mampu Merawat Luka & Penyakit

by Jash Lee
October 10, 2020
Share on Facebook

Selain daripada penambah perisa dalam masakan, bahan ini juga memberi manfaat lain pada kesihatan tubuh. Tak terkecuali juga akan kebanyakkan orang yang akan berasa terganggu dengan bekas luka atau parut pada kulit. Namun sebenarnya anda tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai cara yang dapat merawat luka dan baik untuk kesihatan tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Hanya gunakan bahan semula jadi yang senang kita dapati. Jom kita tengok apakah bahan yang boleh kita gunakan!

Minyak Zaitun

via tips hidup sehat

Minyak yang diolah dari buah zaitun ini juga dapat digunakan sebagai ubat sapu untuk luka di bahagian luar tubuh. Anda hanya perlu titiskan minyak zaitun pada bekas luka dan lumur rata.

Lidah Buaya

via khasiatsehat.com

Tanaman ini memiliki kandungan saponin yang memiliki kemampuan sebagai agen pembersih sehingga efektif untuk menyembuhkan luka terbuka. Selain itu, lidah buaya juga mengandungi tannin yang dapat digunakan sebagai pencegahan terhadap jangkitan luka kerana sifat antiseptiknya.

Lemon

via TODAY.com

Buah ini memiliki lima peratus asid sitrat serta merupakan sumber yang kaya vitamin C. Lemon juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fostor, protein dan karbohidrat. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menampalkan lemon pada luka terbakar.

Madu

via idntimes.com

Penggunaan madu bagi perawatan luka sudah lama dilakukan. Dunia perubatan moden sekarang ini juga telah banyak membuktikan bahawa madu merupakan penyembuh luka yang paling efektif. Sifat antibakteria dari madu membantu mengatasi jangkitan pada luka.

Selain itu, sifat anti inflamasinya juga dapat mengurangi rasa sakit serta meningkatkan perjalanan darah yang amat berpengaruh pada proses penyembuhan.

Cuma sapukan sedikit madu pada luka yang telah dibersihkan dan ratakan nipis-nipis pada luka tersebut.

Ketumbar

via doktorsehat.com

Ketumbar adalah salah satu jenis rempah ratus yang beraroma dan kerap digunakan di dalam masakan. Bahan ini juga sebenarnya bukan hanya digunakan sebagai penyedap hidangan tetapi juga ianya memiliki kesan anti inflamasinya.

Ada laporan yang dikeluarkan dari India mengatakan, ketumbar juga memiliki manfaat yang baik untuk masalah kesihatan rheumatoid arthritis. Seperti rempah ratus yang lain, ketumbar mengandungi antioksidan iaitu sebatian yang dikenal pasti dapat mengawal keradangan dan mencegah kerosakan kimia pada tubuh dengan menghalang radikal bebas.

Penghidap rheumatoid arthritis memiliki kadar antioksidan yang rendah di dalam darah mereka jika dibandingkan dengan orang yang sihat. Jadi, ada baiknya jika penghidap penyakit ini menambahkan biji ketumbar di dalam hidangan mereka sehari-sehari. Ia bukan sahaja dapat menambahkan kesedapan dalam makanan namun juga baik untuk kesihatan.

Selamat Mencuba!

Error happened.
merawatparut hilangkanparut bahansemulajadi
https://lomp.at/voapq
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara