Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Suami Patut Buat 5 Hal Ini Untuk Isteri, Rumahtangga ‘Confirm’ Bahagia

by Amirul Fikry
October 17, 2020
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Kedua-duanya berperanan untuk saling melengkapi. Jangan anggap isteri seperti seorang hamba yang boleh diarah untuk melakukan semua kerja di rumah.

Sekalipun sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk menguruskan hal rumahtangga, namun isteri juga masih ada hak untuk mendapat rehat yang secukupnya dan berikanlah isteri ruang supaya isteri boleh melakukan perkara-perkara yang diminatinya dan mungkin juga sesekali bebaskan isteri untuk keluar bersama kawan-kawannya.

Walaupun ada yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah, namun suami harus faham akan keadaan si isteri kerana menguruskan hal di rumah lebih penat berbanding dari isteri yang bekerja.

Dalam hal seperti ini, suami harus memainkan peranan dan menghargai setiap jasa si isteri di atas pengorbanan yang telah dilakukannya. Apa yang paling menyedihkan, masih ada dikalangan para suami yang kurang peka dengan apa yang berlaku. Pada mereka, semua kerja di rumah memang sudah menjadi tanggungjawab isteri dan mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Nyata perkara ini adalah salah sama sekali.

Oleh sebab sedemikian, sekiranya suami masih kabur tentang cara yang sesuai untuk menghargai isteri, maka kami akan bantu menyenaraikan beberapa cara untuk sang suami menjalankan peranan yang sebetulnya terhadap isteri anda.

Boleh Mendengar Pendapat Isteri

via Keluarga.My

Biarpun keputusan terletak di tangan suami tetapi tiada salahnya jika sesekali mendengar juga si isteri memberikan pendapat. Mungkin idea isteri anda lebih bernas untuk dikongsi. Bertukar-tukar pendapat tanpa mengira taraf pendidikan atau profesionalisme juga adalah perkara yang sangat baik sebagai pasangan.

Malah, perbualan mengenai isu-isu semasa juga mampu mencipta komunikasi yang lebih bermanfaat dan isteri akan merasa dihargai. Suami boleh juga bertanya mengenai perkembangan anak-anak manakala si isteri pula boleh membalas dengan soalan berkenaan kerja-kerja suami di pejabat. Perkongsian seperti ini ternyata dapat mewujudkan suasana harmoni dan keprihatinan antara satu sama lain.

Membantu Isteri Uruskan Tanggungjawab Di Rumah

via islamituindah.us

Ramai suami yang menganggap semua kerja di rumah adalah tanggungjawab si isteri sepenuhnya. Ya, wanita yang telah mendirikan rumahtangga harus taat pada suami selain dari tanggungjawab menjaga harta suami serta maruah suami dengan sebaik-baiknya.

Sungguhpun begitu, suami janganlah mudah melepaskan tanggungjawab. Ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri melakukan kerja rumah dan ini juga dapat mewujudkan suasana yang bahagia.

Anggap Isteri Seperti Diri Anda Sendiri

via baituljannah.com

Kalau anda inginkan perhatian dan layanan dari seorang isteri, maka begitu jugalah apa yang isteri anda inginkan dari sang suami. Oleh itu, letakkan diri anda di tempat isteri yang sentiasa menginginkan belaian, penghormatan dan kasih sayang. Kalau waktu bercinta boleh mengapa selepas berkahwin menjadi muram? Sepatutnya semakin lama hidup bersama semakin kuatlah daya tarikannya. Buat sesuatu yang dapat menambat hati pasangan. Kerana isteri umpama cermin pada diri anda sendiri. Kemana sahaja pergi, dia akan membawa anda bersama.

Tunaikan Impian Isteri

Setiap insan ada impiannya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan isteri anda, jauh di sudut hatinya pasti ada impian yang ingin dikecapinya. Biarpun tidak semuanya akan tertunai, namun memadailah andai satu dari seribu keinginannya berjaya ditunaikan.

Contohnya, mungkin isteri anda menginginkan sebuah mesin basuh yang baru, jadi apa salahnya anda beli untuk isteri. Jika bajet tidak mencukupi, cubalah untuk membuat sedikit simpanan untuk dihadiahkan apabila anda berpeluang nanti. Mungkin dengan pemberian yang sebegitu mampu untuk membuatkan dirinya terasa dihargai.

Sekalipun harganya tidaklah semahal mana tetapi apa yang lebih penting adalah keikhlasan dan penghargaan suami yang diletakkan ke atasnya.

Ciuman Sebagai Hadiah Terindah

via theasianparent.com

Cuba tanya diri sendiri, bila agaknya kali terakhir anda mencium dahi si isteri setelah dirinya penat menguruskan segalanya? Sekali? Dua kali? Atau tidak pernah langsung? Tahukah anda bahawa ciuman dari seorang suami itu mampu untuk melenyapkan segala kepenatan dan tekanan yang ditanggung oleh isteri sehari-harian. Suami perlu tahu berapa kuat kuasa sebuah ciuman.

caramenghargaiisteri tanggungjawabsuami peranansuami bahteraperkahwinan
https://lomp.at/2aa5a
Share39Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Radzi Ghani (FB)
missmurai

Tips Banjir: Barang Elektrik & Perabot Boleh Selamat Jika Bina ‘Benteng’ Ini Untuk Elak Air Masuk Rumah

by Soph Azz
December 1, 2023

Umum mengetahui, setiap hujung tahun pasti akan ada bencana banjir yang melanda di sesetengah kawasan dalam Malaysia. Sudah menjadi satu...

Read more
Islamik

Selain Jaga Solat, Ini 8 Tips Yang Lain Untuk Menunaikan Umrah Buat Pertama Kali

Ibadat Haji dan Umrah merupakan satu rukun daripada lima rukun islam dan ianya menjadi puncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada...

Read more
by Amirul Fikry
November 8, 2023
Tips

Ini Adalah 3 Ilmu Yang Hukumnya Berdosa Jika Umat Islam Tidak Mempelajarinya, Tidak Kira Usia!

Sebagai umat islam yang mukallaf (Baligh), wajib untuk memperlajari 3 ilmu fardhu ain dan mengamalkannya dan jatuh hukum berdosa jika...

Read more
by Amirul Fikry
November 7, 2023
Budaya

TV1 Siar Program “Seruan Haji” Mulai 15 Mei Ini

Jenama program “Seruan Haji” sememangnya dekat di hati penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji. Ditayangkan Setiap Hari Secara...

Read more
by Aphit J.
May 14, 2023
Tips

Cara Menurunkan Berat Badan, Bagi Yang Malas Bersenam! Hilang 10KG Sebulan!

Bagi sesetengah individu, mereka mempunyai kekangan masa yang amat terhad dalam seharian mereka. Pagi pergi kerja, malam pulang kerja kemudian...

Read more
by Amirul Fikry
May 9, 2023
Tips

Anda Mempunyai Si Bulus? Ini Adalah Makanan Manusia Yang Berbahaya Untuk Kucing

Terdahulu kucing dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan pemusnah yang lain. Manakala hari ini pula, kucing merupakan salah...

Read more
by Amirul Fikry
April 14, 2023
Foto - Twitter
missmurai

Hanya 2, 5, 10 Minit? Cara Pantas Untuk Hilangkan Stress Kerja

Tak ada kerja yang tak stress.! Itu hakikat yang kamu kena tahu. Pernahkah kamu mengalami saat di mana penglihatan mula...

Read more
by Lisa Ghani
April 3, 2023
Foto - Rotikaya
Kecantikan

Beli Emas Sampai Jangan Kena Tipu, Ketahui Perkara Ini Dulu!

Psst... Kalau kamu merancang nak beli emas, tunggu dulu! Pastikan sebelum membeli emas, kamu ada wang lebih dan mencukupi untuk...

Read more
by Soph Azz
December 27, 2022
Foto - Pinterest
Kesihatan

Cara Jaga Badan Semasa Melancong, Makan Puas-Puas Tapi Maintain Kurus

Lumrah bila pergi melancong, kita tak japat elak daripada mencuba pelbagai juadah. Lagi pula kalau jenis yang foodie, pantang nampak...

Read more
by Lisa Ghani
December 15, 2022
Budaya

Jom Belajar 4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

Pernahkah anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah...

Read more
by Aphit J.
October 2, 2022
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem