Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem iFlix, Aku Bukan Gila, Jalan Cerita Ringan Tapi Sinematografi Mantap

by Phic ARMAN
October 19, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Filem ‘Aku Bukan Gila’ arahan Rahila Ali disiarkan bermula 7 Oktober 2020 secara eksklusif dan percuma menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix.

Dari penceritaan yang dapat dilihat dalam filem ini, jalan cerita tidaklah begitu berat dan sangat mudah difahami.  Bagi pendapat penulis yang telahpun menonton, ternyata sinematografinya lebih menonjol dari jalan cerita. Sangat cantik dan kemas.

Difahamkan kru produksi dan pelakon-pelakon menghabiskan masa lebih dari sebulan untuk menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom. Jadi kebanyakkan babak menampilkan keindahan lanskap Wales yang begitu mengagumkan.

Sekaligus, kualiti filem ini hampir setanding dengan filem luar negara, dan itu adalah satu pembaharuan dalam filem tempatan yang layak dipuji. Manakan tidak, pengarah sinematografinya merupakan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar yang baru saja menerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.

Tahniah diucapkan kepada Areel dan Helmi Yusof di atas hasil kerja hebat mereka untuk sinematografi dalam filem ‘Aku Bukan Gila’.

Dari segi lakonan, barisan pelakon adalah hebat! Kita boleh nampak kemunculan kembali pelakon Fasha Sandha dalam fiem. Kehebatannya dalam lakonan dan menjiwai watak tidak boleh disangkal lagi. Di tambah lagi, dia bergandingan dengan Beto Kusyairy yang terkenal dengan watak antagonis dalam beberapa filem dan drama sebelum ini.

Topik Berkaitan Dikatakan Rezeki Merudum Lepas Berhijab — Ini Jawapan Padu Dari Fasha Sandha !

Namun watak Andra yang dilakonkan oleh Fasha sebagai seorang gadis muda berusia 20an seolah-olah kurang sesuai. Mungkin kita banyak disajikan dengan drama-drama lakonan Fasha sebagai ibu atau wanita yang lebih dewasa.

Apa-apa pun, filem ini sangat sesuai untuk tontonan keluarga malah sangat sarat dengan pengajaran berkaitan dengan kekeluargaan dan pentingnya mengambil peduli tentang kesihatan mental.

Sinopsis

Filem“Aku Bukan Gila” mengisahkan Andra (Sandha) yang merantau ke perkampungan Beddgelert di North Wales untuk melarikan diri daripada kekangan kekeluargaan dan mengubati hatinya selepas kematian ibu tersayang.

Tanpa diduga, takdir mempertemukannya dengan Andre (Kusyairy) dalam latar belakang yang menampilkan keindahan lanskap Wales. Walaupun pada awalnya, Andra banyak berselisih pendapat dengan Andre, mereka akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang wujud di antara mereka.

Namun, apabila Andra cuba masuk campur dalam kehidupan silam Andre, jejaka itu bukan sahaja mula berasa tidak selesa bahkan meragui kesihatan mental Andra. Ciri kompleks kedua-dua pelakon utama filem ini akan membuka mata penonton kepada isu kesihatan mental, yang akan diterokai lagi dalam sebuah babak khas yang ditayangkan selepas penutup penghargaan.

Ia pasti akan menyentuh perasaan penonton, dan meningkatkan penghayatan terhadap dua watak utama yang dihidupkan oleh Beto dan Fasha.

WeTV iflix akan terus berusaha menyokong bakat tempatan dan menjadi platform premium untuk mengedarkan kandungan tempatan yang bermutu tinggi. Tonton “Aku Bukan Gila” sekarang juga secara percuma menerusi penstriman eksklusif di WeTV iflix di iflix.com, atau aplikasinya yang boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aku BUkan Gilafasha sandhaiflix
Share13Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara