Sebut sahaja artis K-pop, sudah panjang senarai artis kesukaan anda bukan? Tetapi di sebalik kejayaan mereka, tersimpan pelbagai perkara antaranya beberapa makanan yang mereka dilarang untuk makan. Hal ini kerana mereka perlu mengekalkan berat badan ideal mereka sesuai dengan standard seorang artis K-pop yang ditetapkan oleh agensi mereka. Anda ingin tahu apakah makanan yang dilarang untuk dimakan oleh mereka? Stay tune guys!

1Ayam Goreng 

via visual dive

Di Korea Selatan, hidangan ayam sangat mudah untuk dicari. Jadi wajarlah mereka begitu menyukainya, terutamanya ayam goreng panas dan sedap. Siapa yang boleh menolaknya? Tetapi malangnya, ayam goreng dilarang untuk dimakan oleh artis pelatih K-pop semasa tempoh latihan. Hal ini turut terjadi kepada Seulgi dari kumpulan Red Velvet semasa menjalani tempoh latihan.

IKLAN

“Disebabkan saya makan ayam goreng secara senyap-senyap, pengurus saya mendapat amaran dari agensi. Sejujurnya saya sangat suka makanan berminyak, dan dari situlah saya akan memesan ayam goreng secara senyap-senyap” -Kata Seulgi

2Tteokbokki

via visual dive

Kek Beras Pedas atau lebih dikenali sebagai tteokbokki juga menjadi pantang larang bagi artis pelatih K-pop sewaktu menjalani tempoh latihan, walaupun tteokbokki sangat disukai di Korea. Gara-gara tteokbokki inilah Chanmi dari kumpulan AOA tidak lulus menjalani ujian berat badan ketika tempoh latihan.

“Sebelum penilaian berat badan yang diukur pada setiap bulan, saya sempat makan tteokbokki, dan kerana itu saya tidak lulus ujian”-Kata Chanmi

3Roti

via visual dive

Mungkin ramai yang mengerti bahawa roti tidak sesuai untuk anda yang sedang menjalani program diet. Begitu juga bagi artis pelatih K-pop ketika menjalani tempoh latihan, roti juga merupakan salah satu makanan yang mesti mereka elakkan. Hal ini turut terjadi kepada Seolhyun AOA yang mengalami masalah ketika menjalani tempoh latihan.

“Saya pernah berbohong ketika diminta untuk menuliskan apa yang saya makan ketika penilaian berat badan. Saya menulis kobis dan lada benggala, bukannya roti. Dan selepas daripada itu, saya menghadapi masalah,” Kata Seolhyun

4Aiskrim

via visual dive

Pelbagai makanan manis yang boleh menjadi malapetaka buat setiap artis pelatih K-pop. Hal ini kerana boleh membuatkan berat badan mereka akan bertambah. Hal ini juga turut terjadi kepada RM dan V dari kumpulan BTS yang menghadapi masalah kerana makan aiskrim secara senyap-senyap semasa menjalani tempoh latihan.

“Saya sedang makan aiskrim dengan V, dan salah seorang kakitangan agensi telah melihat kami sedang makan aiskrim. Saya segera memasukkanya ke dalam poket dan makan semula kemudian. Ia adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan.”-kata RM

5Jajangmyeon

via visual dive

Jajangmyeon atau mee bersama sos kacang hitam ini tersenarai dalam salah satu makanan yang begitu digemari ramai di Korea. Tetapi malangnya, ia juga turut menjadi makanan yang dilarang untuk dimakan oleh artis pelatih K-pop semasa menjalani tempoh latihan. Lebih-lebih lagi, semangkuk jajangmyeon menyumbang sekitar 800 kcal lemak. RM dari kumpulan BTS sekali lagi mempunyai kenangan ketika makan jajangmyeon sewaktu menjalani tempoh latihan.

“Saya berpura-pura pergi ke bilik air padahal saya pergi ke restoran untuk memesan semangkuk jajangmyon dan menghabiskannya dalam masa beberapa minit sahaja supaya tidak ditangkap” – Kata RM

6Kaki Khinzir

via visual dive

Di Korea, kaki khinzir menjadi salah satu hidangan lazat yang tidak dapat dipisahkan. Bayangkan hanya sekali makan sahaja sudah menyumbang sebanyak 700 kcal dalam satu hidangan. Hal ini menyebabkan artis pelatih K-pop dilarang untuk memakannya. Namun Tzuyu dari kumpulan TWICE pernah memakan kaki khinzir secara senyap semasa menjalani tempoh latihan.

“Saya memesan kaki khinzir dengan Momo dan Sana, dan meminta agar makanan tersebut dihantar melalui tingkap agar tidak dapat ditangkap melalui kamera litar tertutup (CCTV)” – Kata Tzuyu

7Burger

via visual dive

Burger juga adalah makanan yang terkenal di Korea, tetapi ia juga menjadi makanan yang dilarang untuk dimakan oleh artis pelatih K-pop semasa menjalani tempoh latihan. Disebabkan makan burger secara senyap, YooA dari kumpulan Oh My Girls menghadapi kesukaran ketika menjalani tempoh latihan.

IKLAN

“Suatu hari saya secara senyap-senyap pernah pergi ke sebuah restoran burger dan makan burger. Apabila saya ternampak salah seorang kakitangan dari agensi saya, saya terus ke tandas dan menghabiskan burger di situ”- Kata Yooa