Friday, March 29, 2024

Titip Doa Menyentuh Hati, Ibu Neelofa Yakin PU Riz Dapat Membahagiakan Anaknya

75
KONGSIAN

Teka-teki hubungan selebriti dan usahawan ternama, Neelofa dan PU Riz akhirnya terjawab hari ini. Seperti yang dilaporkan oleh BH Online, difahamkan keluarga Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail telah berkunjung  ke rumah keluarga Neelofa  bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan. Sumber dari Astro Awani melaporkan, keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Titip Doa Menyentuh Hati, Ibu Neelofa Yakin PU Riz Dapat Membahagiakan Anaknya

Menurut tinjauan kami di IG Story ibu Neelofa, Datin Noor Kartini telah berkongsi foto dia bersama Neelofa dan menitip ucapan menyentuh hati kepada Neelofa.

“Bismilahhirohmannirohim, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…Syukurku padamu Yarab… Saat yangku tunggu-tunggu dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.”

“Aku yakin dengan ketentuanmu , yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yangakan menyokong setiap apa sahaja urusannya.. Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurgamu nanti… Amin @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat Mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang..Mama love you very much”- tulisnya di foto tersebut.

Foto: IG NoorKartini
Di laman media sosial, ucapan tahniah kepada Neelofa telah menjadi trending nombor 1 di twitter. Seperti mana yang kita ketahui, sebelum ini pasangan ini sering  dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Tahniah buat Neelofa dan Riz, semoga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI