Seiring dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh BTS, ramai yang ingin mengetahui tentang kehidupan peribadi mereka, termasuk agama yang dianuti oleh boy group yang terdiri daripada 7 orang ahli ini. Let’s check it out!

1V- Kim Tae-hyung 

V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung tidak pernah memberi komen mengenai agamanya, tetapi segelintir peminat berpendapat bahawa mungkin V menganggap dirinya sebagai Kristian sejak beliau membuat playlist di Spotify yang memaparkan lagu Kristian dari Hillsong. V juga dilihat memberikan tribute kepada mendiang neneknya, yang mana bermaksud bahawa V menganggap dirinya beragama.

IKLAN

2RM (Rapper Monster)

Kim Nam-joon atau nama pentasnya yang dikenali sebagai RM (Rapper Monster) ini pernah menyatakan dalam temu bual bahawa beliau tidak mempunyai agama dan mengesahkan bahawa beliau seorang atheist. Namun RM pernah dilihat memakai rantai dengan lambang salib yang mana merupakan simbol bagi agama Kristian.

3Suga

Suga atau nama sebenarnya Min Yoon-gi menceritakan selepas perjalanannya ke Kobe, Jepun, Suga mendedahkan dalam laman Twitter bahawa beliau tidak mempunyai agama, tetapi beliau tetap berdoa.

“Sebagai manusia yang lemah tetapi bertindak seperti orang yang kuat, saya sedar bahawa saya hanyalah manusia. Walaupun saya tidak mempunyai agama, saya pada waktu itu (di Kobe)”- Suga

4Jin

Jin atau nama sebenarnya Kim Seok-jin ini tidak pernah menyatakan kepada orang ramai tentang agamanya, tetapi para ARMY berpendapat bahawa beliau mungkin tidak beragama.

5Jungkook

Jeon Jung-kook atau lebih dikenali sebagai Jungkook tidak pernah menyebut tentang agamanya, namun beliau bersekolah di School of Performing Arts di Seoul (SOPA) yang merupakan sekolah tinggi Christian-based yang mengadakan kelas pengajaran Bible dan religious service untuk para pelajar sekali dalam seminggu. Masa beliau di sekolah tinggi mungkin telah membentuk kepercayaannya.

6Jimin

Park Ji-min atau lebih dikenali sebagai Jimin juga tidak pernah membincangkan tentang agamanya kepada umum. Tetapi segelintir ARMY mempunyai pendapat tersendiri kerana Jimin pernah bersekolah  di all-boys Catholic school  atau Sekolah Kristian ketika beliau masih muda, yang mana mungkin telah membentuk kepercayaannya hari ini.

IKLAN

7J-Hope

J-Hope atau nama sebenarnya Jung Ho-seok juga dikatakan tidak mempunyai agama yang diketahui, tetapi beliau pernah bercakap mengenai keimanan yang ada pada dirinya pada sebelum ini. Beliau mengambil nama J-Hope kerana beliau ingin menjadi sumber harapan kepada peminatnya. Nama itu juga merujuk kepada mitos Pandora’s box.