Kajol dan Ajay Devgn merupakan salah satu pasangan popular di Bollywood. Tetapi tahukah anda bahawa sebuah rancangan bual biacara, Ajay tidak dapat mengingati tarikh perkahwinannya ketika ditanya mengenai perkara itu? Tetapi pada acara yang berbeza, Shah Rukh Khan mampu mengingati tarih perkahwinan Kajol. Aneh kan?
Tidak seperti pasangan lain dalam industri filem, kemunculan Kajol dan Ajay dalam rancangan Koffee With Karan yang dikendalikan oleh Karan Johar itu cukup gamat. Dalam acara itu, Ajay diminta untuk berkongsi tarikh perkahwinannya. Walaupun membuat beberapa tekaan yang dekat, pelakon itu tidak dapat mengingat tarikh yang tepat dan membuatkan Kajol yang berada disebelahnya jadi naik angin.
Tepatnya, pasangan ini berkahwin pada 24 Februari 1994.
Sebaliknya, Kajol dan Shah Rukh Khan terkenal sebagai salah satu pasangan romantis yang paling berjaya di dalam filem. Mereka telah muncul di beberapa filem blockbuster, seperti Baazigar, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan My Name Is Khan.
Kedua-duanya muncul bersama di sebuah rancangan bual bicara untuk promosi filem terakhir mereka, Dilwale, di mana mereka mengambil bahagian dalam permainan untuk membuktikan seberapa baik mereka saling mengenali.
Ketika Shah Rukh ditanya apakah dia tahu ulang tahun perkahwinan Kajol, pelakon itu tidak memerlukan banyak masa untuk memberikan jawapan yang tepat. Kajol melompat dengan gembira. Lihat video di bawah!
Sumber Hindustan Times
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.