Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Shiha Zikir Sah Ganti ‘Tokti’, Tempat Judika Digalas Oleh Hady Mirza?

by Khai Azfar
November 18, 2020
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah berteka-teki mengenai siapakah yang akan menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyampaikan lagu 7 Nasihat duet bersama Luca Sickta serta Kmy Kmo dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), akhirnya figura tersebut telah pun didedahkan secara rasmi semalam.

Shiha Bawakan Lagu 7 Nasihat

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Shiha Zikir akan menggantikan penyanyi kesayangan ramai itu dalam lagu 7 Nasihat. Difahamkan, Shiha ditawarkan menyampaikan lagu tersebut beberapa hari selepas diumumkan layak ke peringkat separuh akhir baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mengenai siapakah yang akan menyanyikan sebuah lagi single Siti yang turut layak iaitu Aku Bidadari Syurgamu masih menjadi teka-teki peminat.

“Saya ditawarkan untuk menjadi penyanyi lagu ini di SAMM35 beberapa hari selepas lagu ini diumumkan layak ke pusingan itu. Ini berdasarkan kata sepakat daripada pihak komposer, Universal Music Malaysia dan pihak Siti sendiri.

“Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Pada masa sama, saya terkejut juga kerana diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh nama besar,” katanya

Hady Mirza Ganti Judika?

Dalam perkembangan lain, peminat turut tertanya mengenai siapakah yang akan menggantikan tempat Judika dalam membawakan lagu duet Tentang Rahsia bersama Shila Amzah. Meskipun tidak mendedahkan figura tersebut, namun berdasarkan perkongsian peminat ketika sesi latihan Shila, dikhabarkan suara dan susuk tubuh seorang penyanyi lelaki yang menyanyikan lagu itu bersamanya mirip juara Gegar Vaganza 6, Hady Mirza.

SFMM35 akan bersiaran bermula 20 November sehingga 22 November dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu sebelum mengumumkan 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
'Tum Tum Raya' Tonjol Kemeriahan dan Semangat Aidilfitri
7 Nasihat Siti Nurhalizahady mirzajudikashiha zikirShiha Zikir 7 Nasihat
https://lomp.at/c4wn3
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem