Dalam episod ketiga siri The Crown musim 4, terdapat adegan di mana watak Puteri Diana ketika muda (dilakonkan oleh pelakon Emma Corrin) bermain kasut roda atau roller skate di dalam Istana Buckngham, England.

Dia bermain kasut roda sambil mendengarkan lagu hit tahun 80-an, Girls On Film dari Duran Duran. Adakah adegan ini dari kisah benar?

Terdahulu, penerbit, Oona O’Beirn memberitahu British Vogue bahawa adegan bermain kasut roda oleh  puteri Diana di dalam ruang istana diambil dari kisah benar.

IKLAN

“Betul. Penyelidikan kami menunjukkan dia juga berbasikal di istana pada malam sebelum dia bernikah, tetapi kami tidak berjaya melakukan adegan itu di sana,”- kata O’Beirn.

Dalam wawancara dengan Sky News, pelakon Emma Corrin mengakui bahawa adegan bermain kasut roda di The Crown hanyalah contoh keperibadian riang Puteri Diana ketika menjadi anggota Keluarga Diraja Britain.

 “Anda tahu, kasut roda adalah cara membahagiakan diri yang dia miliki sebelum dia menyertai keluarga bangsawan dan itu yang dia sering lakukan. Bagi saya ia sangat luarbiasa.”

Corrin juga mengatakan bahawa dia senang mempelajari kebiasaan dan bentuk ekspresi Puteri Diana yang digambarkan dalam “The Crown”.

Adegan Puteri Diana bermain kasut roda di lorong-lorong Istana Buckingham di “The Crown” tampak nyata. Namun, tidak ada adegan dalam siri ini yang dibuat di Istana kerajaan yang sebenarnya. Untuk memastikan hiasan dalaman istana sama dengan kisah benar Puteri Diana, para penyelidik mengadakan lawatan ke bangunan istana untuk membina satu set yang memfokuskan pada peniruan suasana.

Musim keempat “The Crown” memberi tumpuan kepada Keluarga Diraja Britain pada tahun 1980an. Kisah ini merangkumi perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles (diperanankan oleh Josh O’Connor), dan ketegangan antara Ratu Elizabeth II (Olivia Colman) dan Perdana Menteri Margaret Thatcher (Gillian Anderson).

Musim keempat The Crown boleh ditonton di Netflix bermula 15 November 2020.