Setelah 12 hari dibawha tahanan polis, beberapa foto terkini Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal tersebar di media sosial. Jika sebelum ini orang ramai dapat melihat pendakwah muda ini memakai baju melayu berwarna hijau, hari ini dia dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga di Majistret Petaling Jaya.

Lihat foto-foto di bawah;

IKLAN

Dalam beberapa foto yang tersebar, Syed juga kelihatan hanya berkaki ayam dan kedua-dua belah tangan bergari ketika berjalan diiringi dua anggota polis.

Walaupun memakai pelitup muka, namun kelihatan wajah Syed kelihatan tenang sambil mengukir senyuman kepada wartawan dan media ketika dia dibawa ke Bilik Reman di bangunan mahkamah.

Sehingga hari ini, Syed masih direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya.

Dipetik BH Online, suspek kelihatan tenang dan sempat memberi salam serta menyapa petugas media yang menunggunya.

“Terima kasih (petugas media) kerana datang. Doakan saya… Insya-Allah,” katanya.