Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Dah Boleh Tengok Wayang! GSC Umum Pembukaan Semula Pawagam

by Khai Azfar
December 8, 2020
Share on Facebook

Berita baik buat semua ‘kaki wayang’ pihak GSC Cinemas telah mengumumkan pembukaan semula pawagam mereka sejurus dengan pengumuman kerajaan yang menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri.

Hanya 9 Cawangan Dibuka 

Bagaimanapun, pembukaan semula pawagam itu tertakluk kepada hanya 9 lokasi di seluruh negara ketika ini bermula 16 Disember 2020 dan kawasan yang masih berada dalam PKPB dan zon merah masih lagi ditutup sehingga notis pembukaan semula diumumkan kelak.

Difahamkan, pembukaan semula itu masih mengamalkan SOP dalam pawagam mereka dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka serta tempat duduk juga akan dijarakkan.

Teruja Ingin Tonton Sekual Wonder Woman 

Rata-rata warganet menyambut baik perkhabaran tersebut serta menyatakan rasa teruja mereka untuk menonton filem-filem akan datang termasuklah Wonder Woman 1984 (WW84) yang dijangka akan ditayangkan pada 17 Disember 2020 sehari selepas pembukaan semula di 9 cawangan.

Menerusi carian Murai.my di beberapa syarikat pawagam yang lain masih tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh mereka mengenai pembukaan semula tersebut.

Terdahulu, operasi pawagam seluruh negara telah diumum tutup sejak November. Keputusan berat tersebut dibuat sebulat suara oleh Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) berikutan perniagaan terjejas teruk hingga mengalami penyusutan pengunjung hingga 90 peratus sejak pandemik COVID-19 melanda negara sejak Disember tahun lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
GSCWayang dibuka
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara