Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Wonder Woman 1984 Tidak Sehebat Filem Pertama?

by Khai Azfar
December 21, 2020
Share on Facebook

Sekual bagi filem Wonder Woman yang diberi judul sebagai Wonder Woman 1984 (WW84) kini mula ditayangkan sejak 16 Disember 2020.

Pilihan GSC Alamanda Putrajaya Untuk Penduduk Lembah Klang

Di Malaysia sendiri, sejurus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan tamat di beberapa buah negeri dan kawasan yang terbabit, pawagam yang terpilih juga telah dibenarkan beroperasi semula dengan norma baharu. Malangnya buat mereka yang berada di Lembah Klang khususnya masih tidak dapat menikmati ‘kebebasan’ ini kerana kerajaan telah pun mengumumkan PKPB dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini.

Namun begitu, PKPB di Putrajaya telah pun ditamatkan dan pawagam milik GSC Cinemas yang terletak pusat membeli-belah Alamanda telah pun dibenarkan beroperasi dan kami di Murai.my berkesempatan untuk menonton WW84.

Masih mengekalkan eleman ‘throwback’ pada permulaan cerita, anda akan dibawa mengenai pengenalan watak Wonder Woman atau juga sebagai Diana Prince (Gal Gadot) yang sememangnya terkenal dengan wataknya sebagai seorang yang lasak. Perlu diingatkan, pada permulaan filem ini terdapat satu petunjuk yang akan didedahkan pada klimaks WW84 memberi ‘nafas baharu’ buat Diana.

Wonder Woman Dengan Kostum Baharu 

Seperti yang kelihatan dalam trailer WW84 sebelum ini, ramai yang sedia maklum bahawa Diana akan mendapat sebuah kostum baharu yang berwarna emas. Tidak dinafikan ianya begitu mengagumkan dan memperlihatkan Wonder Woman sebagai adiwira yang begitu kuat namun ianya sedikit mengecewakan kami kerana musuhnya itu tidaklah begitu kuat pada permulaan dan hanya menjadi ‘setanding’ untuk jangka masa kurang dari 2 minit.

Musuh Tidak Sekuat Filem Pertama 

Pada hemat kami, memandangkan Wonder Woman sudah mempunyai sekualnya yang kedua musuh yang ditampilkan juga seharusnya lebih kuat sama. Berbanding filem yang pertama, kami lebih sukakan musuh dalam filem itu berbanding WW84, jauh lebih besar dan berkuasa.

Bagaimanapun, aksi yang ditampilkan tidak mengecewakan dan semestinya kemunculan istimewa seorang watak adiwira membuatkan penonton tertanya adakah watak tersebut juga akan muncul pada sekual akan datang atau hanya sekadar penampilan istimewa melengkapkan jalan cerita WW84.

Mengenai watak Steve Trevor yang dilakonkan oleh Chris Pine dikhabarkan hidup semula dalam WW84 ianya juga agak mengejutkan dan terdapat ‘plot twist’ dari segi jalan ceritanya. Untuk ketahuinya anda perlulah menonton filem ini di pawagam kelak.

Sinopsis Wonder Woman 1984

Diana Prince (Wonder Woman) kini berada di era 80-an yang mana dia kini bekerja di salah sebuah pusat penyelidikan barangan antik dan berharga. Di sana, dia telah bertemu dengan Barbara Ann Minerva (Cheetah Girl) yang baru mula bekerja. Ketika itu, terdapat sebuah batu ajaib yang perlu diselidiki oleh Barbara tanpa mengetahui ianya dapat mengabulkan keinginan sesiapa yang memegangnya.

YouTube video

Selain Diana dan Barbara, seorang jutawan dikenali sebagai Maxwell Lord turut memegang batu tersebut dan memiliknya sebelum mencetuskan malapetaka yang berlaku secara tiba-tiba hasil daripada permintaannya.

https://lomp.at/25q90
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara