Tahun 2020 yang bakal berakhir tidak lama lagi telah menyajikan pelbagai drama Korea yang didaptasi dari webtoon. Adakah drama Korea kegemaran anda turut tersenarai? Stay tune guys!

1Dinner Mate

Drama MBC ini diadaptasi daripada webtoon popular yang berjudul Do You Want To Have Dinner Together? oleh Park Shi In. Watak utama bagi drama ini dimainkan oleh Song Seung Heon dan Seo Ji Hye.

IKLAN

Drama Dinner Mate ini mengisahkan seorang lelaki dan wanita yang berusaha untuk menyembuhkan luka melalui dinner date selepas melalui patah hati. Song Seung Heon yang memainkan watak sebagai pakar psikologi dan psikologi makanan bernama Kim Hae Kyung. Selain itu, Seo Ji Hye yang memainkan watak sebagai Woo Do Hee, iaitu seorang pengarah yang angkuh dan mempunyai personaliti yang kuat.

2Mystic Pop-Up Bar

Didaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, drama Mystic Pop-Up Bar ini dibintangi oleh Hwang Jung Eum, Yook Sungjae BTOB, dan Choi Won Young. Drama bergenre fantasi ini memfokuskan pada pojaangmacha yang misteri ( street bar) yang berusia lebih dari 500 tahun.

Pemilik kedai pocha yang bernama Wol Joo ( Hwang Jung Eum) harus menyelesaikan aduan dari 100 ribu pelanggan yang berbeza untuk membayar kesilapan yang dilakukan pada masa lalunya. Pada suatu hari, beliau secara tidak sengaja bertemu dengan Han Kang Bae (Sungjae BTOB), seorang pekerja pasar raya yang dapat membaca fikiran orang lain hanya dengan menyentuh mereka. Pengurus Gwi ( Choi Won Young yang merupakan bekas detektif di alam akhirat bekerjasama dengan Wol Ju untuk menyelesaikan masalah pelanggan pojangmacha dengan melawati impian mereka.

3Memorist

Webtoon Memorist yang dihasilkan oleh Jae Hoo turut ditayangkan dalam versi drama televisyen pada tahun 2020. Drama yang dibintangi oleh Yoo Seung Ho dan Lee Se Young ini menyajikan pelbagai babak aksi, thriller, dan fantasi di dalamnya.

Watak utamanya iaitu Dong Baek, yang dimainkan oleh Yoo Seung Ho yang bekerja sebagai detektif mempunyai kuasa supernatural untuk membaca segala memori. Beliau yang berdepan dengan kes pembunuhan bersiri yang penuh dengan misteri ini bekerjasama dengan Han Sun Mi (Lee Se Young) seorang profiler elit untuk menangkap pelakunya.

4Meow: The Secret Boy

Drama Meow: The Secret Boy atau tajuk lainnya Welcome, dibintangi oleh L INFINITE dan Shin Ye Eun, didaptasi dari webtoon karya Go A Ra. Versi drama ini mengisahkan seekor kucing bernama Hong Jo (L INFINITE) yang secara misteri berubah menjadi manusia. Kemudian beliau dibela oleh Sol Ah ( Shin Ye Eun) walaupun dia tidak suka kucing.

Sol Ah tidak sedar bahawa kucing peliharaannya boleh berubah menjadi manusia. Secara umum, Meow: The Secret Boy ini menceritakan peristiwa yang tidak dijangka ketika Hong Jo berubah menjadi manusia dan terlibat dalam percintaan dengan Sol Ah.

5Rugal

Webtoon aksi sains fiksyen berjudul Rugal yang ditulis oleh Rel.mae telah didaptasi menjadi drama pada tahun ini. Menceritakan sebuah organisasi khas bernama Rugal yang menyatukan senjata manusia yang mempunyai keupayaan khas melalui bioteknologi untuk memerangi kumpulan pengganas ROK terbesar bernama Argus.

IKLAN

Kang Ki Beom (Choi Jin Hyuk) adalah seorang detektif elit yang sedang menyiasat organisasi jenayah Argus. Suatu hari ketika pulang ke rumah, beliau menemui beberapa orang lelaki yang bertopeng. Isterinya dibunuh oleh mereka yang dihantar oleh Argus dan memukul Kang Ki Beom dan memotong bola matanya. Ketika Kang Ki Beom sedar, beliau mendapati dirinya berada di hospital dan dituduh membunuh.

6Backstreet Rookie

Webtoon romantik komedi yang berjudul Convenience Store Saet Byul ini berjaya divisualisasikan menjadi drama Korea yang diberi judul Backstreet Rookie dengan menggandingkan Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung sebagai gandingan utama dalam drama ini.

Backstreet Rookie yang mengisahkan pasar raya 24 jam ini mengetengahkan hubungan yang menarik antara pemilik pasar raya yang kacak tetapi clumsy iaitu Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook) dan pekerja sambilan iaitu Jung Saet Byul ( Kim Yoo Jung).

7The Uncanny Counter

Webtoon bergenre fantasi dan thriller berjudul Amazing Rumor yang dihasilkan oleh Jang Yi diadaptasi ke dalam drama berjudul The Uncanny Counter. Drama ini memfokuskan kepada Counter group atau pemburu hantu yang terdiri daripada So Moon ( Jo Byung Gyu), Hana ( Kim Se Jeong), Ga Mo Tak (Yu Jung Sang), dan Mae Ok (Yum Hye Ran). Setiap daripada mereka mempunyai kebolehan istimewa untuk melindungi dunia dari serangan roh-roh jahat.

8Itaewon Class

Drama yang dibintangi oleh Park Seo Joon yang berjudul Itaewon Class juga diadaptasi dari webtoon popular. Drama ini mengisahkan kisah anak muda yang degil bersatu dalam memulakan bisnes makanan di Itaewon. Drama ini turut menampilkan pelakon berbakat seperti Kim Da Mi, Kim Dong Hee, Ryo Kyung Soo, Lee Joo Young, Chris Lyon, dan ramai lagi.

9Sweet Home

Sweet Home, webtoon terkenal yang merupakan karya Kim Carnby dan Hwang Youngchan. Netflix sanggup membelanjakan sekitar 2.4 juta USD untuk kos produksi untuk setiap episod siri ini. Sweet Home juga bekerjasama dengan bintang-bintang popular antaranya Song Kang (Cha Hyun Soo), Lee Do Hyun (Lee Eun Hyeok), Lee Jin Wook (Pyun Sang Wook), dan Lee Si Young (Seo Yi Kyung).

Drama ini mengisahkan tentang Cha Hyun Soo, seorang remaja yang tinggal keseorangan di sebuah apartment Green Home. Tiba-tiba, simptom aneh yang berlaku telah membuat ramai orang bertukar menjadi raksasa. Dan dari situ, beliau harus bertahan bersama yang terselamat untuk meneruskan hidup.

10True Beauty

Webtoon The Secret Of Angel kini telah digambarkan dalam bentuk drama berjudul True Beauty. Drama yang dibintangi barisan pelakon muda seperti Cha Eun Woo ASTRO, Moon Ga Young, dan Hwang In Yeop ini disukai oleh orang ramai yang menontonnya.

Drama True Beauty yang mengisahkan seorang gadis sekokah menengah bernama Im Joo Kyeong (Moon Ga Young) yang kurang keyakinan jika tidak mengenakan alat solek. Kemudian, beliau terlibat dengan dua orang pelajar kacak di sekolahnya iaitu Lee Su Ho (Cha Eeun Woo) dan Han Seo Joon (Hwang In Yeop). Apakah akan terjadi kepada Im Joo Kyeong?

Apakah K-drama kesukaan anda?