Aktor Jung Il-woo membuat pendedahan dalam program baru MBC ‘Phone Cleansing’ beliau mengalami partial memory loss atau kehilangan sebahagian ingatannya selepas kemalangan kereta beberapa tahun lalu.
Memiliki 70,000 Foto Kerana Kehilangan Sebahagian Ingatan
Beliau dilaporkan mengalami cedera parah dalam kemalangan pada tahun 2006 dan dikatakan memiliki kira-kira 70,000 foto dalam telefon bimbitnya disebabkan kehilangan sebahagian ingatan.
“Saya mempunyai kira-kira 70,000 foto di telefon bimbit saya disebabkan kehilangan sebahagian ingatan, saya cuba mengingat kembali sesuatu melalui gambar.-” Jelas Jung Il-woo
Mengalami Depresi Setelah Didiagnosis Cerebral Aneurysm
Jung Il-woo turut menyatakan bahawa semenjak kemalangan yang dialami, beliau sering lupa di mana beliau seharusnya bertemu rakan-rakannya. Aktor drama Moon Embracing the Sun ini menyatakan bahawa beliau menderita hadapi depresi setelah didiagnosis cerebral aneurysm, yang mana boleh menyebabkan hemorrhage atau pendarahan tidak terkawal pada otak. Selama hampir sebulan, beliau tidak berjumpa dengan sesiapa dan tinggal di rumah setelah mengetahui keadaannya.
“Selepas tempoh itu, saya memutuskan untuk menziarah Santiago, ibu negara Chile. Terima kasih untuk pengalaman ini, saya dapat mengatasi kegelisahan saya. Saya merasa seperti saya menjadi lebih sihat dan belajar untuk menikmati saat ini.”- Jung Il-woo
Jung Il-woo memulakan debut lakonannya pada tahun 2006 dengan filem thriller ‘The World of Silence‘. Setelah membintangi sitkom ‘Unstoppable High Kick‘ pada tahun yang sama,beliau turut muncul dalam drama popular termasuklah ‘The Return of Iljimae‘ (2009) dan ‘Moon Embracing The Sun‘ (2012).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.