Menarik! 5 Bintang Korea Ini Kongsi Pendapat Bercinta Dengan Lelaki Yang Lebih Muda

Mesti Baca

“Memondan Lah Sangat!” – Diva AA Perli Usahawan Sensasi Popular?

Pengacara terkenal, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya dikenali ramai kerana kelantangannya bersuara dan menegur...

“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya. Hamil...

Nur Sajat Hilang, Akaun Instagram Turut Dipadam Selepas Dicari JAIS

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh...

Walaupun berpacaran dengan lelaki yang lebih tua selalu menjadi romantik dalam drama dan filem Korea. Namun, 5 bintang Korea ini menginginkan yang sebaliknya. Berikut adalah 5 bintang Korea yang mengakui bahawa mereka lebih suka dating dengan lelaki yang lebih muda. Stay tune guys!

Park Bo Young

 

Aktres The Abyss, Park Bo Young ini mengakui pilihan jodohnya pada tahun 2015. Dalam sebuah rancangan, aktres ini mengakui bahawa beliau menyukai lelaki yang lebih muda.

“Kepada semua lelaki muda yang menonton ini sekarang, saya lebih menyukai anda berbanding lelaki yang lebih tua.”- Park Bo Young

Kenyataannya ini telah mengujakan semua lelaki muda yang masih mempunyai harapan terhadap aktres cantik ini.

Nayeon (TWICE)

Pada tahun 2018, ahli kumpulan TWICE ini hadir sebagai tetamu di Sudden Attack Fanmeeting bersama rakan-rakannya dan di sinilah beliau menyatakan pilihannya. Seorang peminat telah bertanyakan padanya adakah beliau sukakan lelaki yang lebih muda atau lebih tua. Kemudian Nayeon menjawab,

“Saya akan menyatakan lelaki yang lebih muda. Saya hanya sukakan lelaki yang muda.”- Nayeon

Han Ye Seul

Pada SBS Night of TV Entertainment, aktres Han Ye Seul ditanya bagaimana perasannya ketika berpacaran dengan lelaki yang lebih muda. Kemudian Han Ye Seul menjawab,

“Lelaki-lelaki muda pada hari ini sangat menarik”- Han Ye Seul

Aktres tersebut walaupun hampir berusia 40 tahun, tetapi wajahnya yang muda mampu untuk memikat mana-mana lelaki yang berusia 20-an. Hal ini juga menjadi sebab mengapa chemistry antara beliau dan aktor muda selalu mendapat perhatian.

Hyojung (OH MY GIRL)

Ahli kumpulan OH MY GIRL yang comel itu pernah berkongsi bagaimana perasannya tentang dating dengan lelaki yang lebih muda darinya. Pada tahun 2016 di SBS Power FM Choi Hwa Jung Power Time, ahli kumpulan OH MY GIRL ini berkongsi bahawa beliau sukakan lelaki yang lebih muda.

“Saya rasa mereka sangat comel. Saya rasa saya boleh dating dengan lelaki yang berumur 3 tahun lebih muda.”- Hyojung

Ha Ji Won

Aktres The Chocolate ini sentiasa dipilih sebagai ideal type oleh ramai lelaki Korea, yang membuktikan kecantikannya yang tiada penghujung. Pada tahun 2018 di Access Showbiz Tonight, aktres berusia 44 tahun ini diberi pilihan sama ada untuk bercinta dengan lelaki yang lebih tua, lebih muda, atau yang sama umur. Kemudian Ha Ji Won menjawab,

 “Saya paling selesa dengan lelaki yang lebih muda. Saya mahukan seseorang yang boleh membuat saya ketawa, seseorang yang sihat, dan seseorang yang dapat memasak makanan yang enak.” – Ha Ji Won

Apa komen anda?

Terkini

Eddie Murphy Kongsi Kisah Mengenai Diskriminasi Kaum Sepanjang Kariernya

Bintang The Nutty Professor, yang pernah menerima beberapa anugerah utama ini menegaskan bahawa menjadi orang kulit hitam di Hollywood...

Artikel Berkaitan