Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Nampak Lebih Muda Di Usia Cecah 50an, ‘Make Up’ Artis Khir Khalid Buka Rahsia Kejelitaan Nasha Aziz

by Phic ARMAN
March 31, 2021
Share on Facebook

Susah betul nak mengikuti perkembangan peragawati dan pelakon Malaysia, Nasha Aziz. Manakan tidak, Nasha tidak sama artis-artis tempatan yang lain yang aktif di media sosial.  Namun sejak akhir-akhir ini, Nasha kembali aktif dalam dunia lakonan dan kerap juga muncul di TV dalam drama yang dibintangi.

Seperti mana yang kita tahu, Nasha Aziz akan memasuki usia 50 tahun pada Mei ini. Namun agak mengejutkan, wanita berasal dari Kuala Lumpur ini seperti tak dimamah usia dan kekal seperti remaja. Kecantikan luar biasa Nasha telah dibuktikan melalui sebuah foto yang dimuat naik oleh jurusolek profesional Khir Khalid. 

Foto Oleh Khir Khalid Untuk Rizman Ruzaini Couture Raya 2021

Rata-rata peminat terkejut dengan penampilan terkini Nasha. Difahamkan foto tersebut tanpa suntingan dan filter. Khir memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’.

Murai MY cuba mendekati Khir sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’ yang bertanggungjawab memberikan sentuhan magis pada wajah Nasha sehinggakan dia kelihatan luar biasa.

Menurut Khir, solekan tersebut dibuat untuk sebuah kempen raya dari pereka terkenal iaitu Rizman Ruzaini Couture Raya 2021. 

Siapa sangka selepas 10 tahun, Khir akui dia sangat teruja kerana dapat berpeluang bekerja semula dengan wanita yang merupakan inspirasi buatnya. Menurut Khir, dia berterima kasih kepada Rizman kerana memberi peluang kepadanya untuk menata rias wajah figura hebat bernama Nasha Aziz kali ini.

“Nasha adalah seorang model dan menjadi seorang pelakon. Bagi saya Nasha seorang sukar untuk didekati. Tetapi sebagai seorang makeup artis, saya  begitu teruja bila dapat tahu akan bekerja dengan Nasha Aziz”- akuinya.

“Ini kerana pada zaman kegemilangannya di era-90an, dirinya menjadi dambaan ramai orang untuk menjadi penghias kulit majalah, iklan TV, dan kemudian bila jadi pelakon, dia menjadi rebutan pengarah filem terkenal. Sebabnya, Nasha pada zaman itu sangat cantik, malah sehingga hari ini dia kekal menawan”- katanya kepada Murai MY.

Buka Rahsia Nasha Aziz Yang Semakin Menawan

Foto Oleh Khir Khalid Untuk Rizman Ruzaini Couture Raya 2021

Bertanya mengenai penampilan Nasha yang luar biasa pada foto  tersebu, ini rahsia yang dibongkarkan oleh Khir.

“Sebenarnya, solekan pada wajah Nasha sangat minimalis dan tidak begitu tebal. Matlamat saya hanya mahu menjadikan Nasha umpama bidadari dan semua orang tahu dia memang cantik secara semulajadi.

“Walaubagaimanapun,  semasa wajah Nasha Aziz disolek, saya menggunakan ‘Face Tape’ untuk menegangkan wajahnya supaya nampak lebih menawan. Selain daripada itu, teknik makeup-nya sangat ringkas dan polos. Cuma saya hanya tambah seri wajahnya dengan ‘highlighter'”- kongsinya.

Artis Dulu-Dulu Berbeza Dengan Sekarang

Foto Oleh Khir Khalid Untuk Rizman Ruzaini Couture Raya 2021

Akui lebih senang bekerja dengan artis-artis lama, Khir berkata, mereka mempunyai pesona yang tidak ada pada artis zaman sekarang.

“Sememangnya, saya lebih suka bekerja dengan artis-artis zaman dahulu daripada artis sekarang. Banyak perbezaannya. Tak kira sama ada mereka memilik paras wajah yang cantik atau tidak, artis-artis dahulu ada pesona yang sukar digambarkan.

“Cara mereka datang ke set, dan mereka akan biarkan makeup artis untuk buat apa-apa pun di wajah mereka. ”

“Zaman dah berubah, tapi saya sangat rindukan pesona artis-artis zaman dahulu. Memang berbeza!”- katanya

Pengalaman Bekerja Dengan Nasha Aziz

Foto Oleh Khir Khalid Untuk Rizman Ruzaini Couture Raya 2021

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Nasha, Khir mendedahkan, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-17 ini sememangnya sangat berbakat dalam menjiwai watak.

“Terus terang saya cakap, Nasha ada karakter tersendiri. Dia akan mesra dengan orang sekitarnya. Kalau bercakap pasal cerewet, sudah semestinya setiap artis itu harus teliti dan pandai memilih. Tetapi Nasha tahu dengan siapa dia bekerja malah dia kenal siapa yang hebat dalam industri Ini. Dia tahu hasil kerja orang yang bekerja dengannnya. Bagi saya, tiada masalah tatkala bekerjasama dengannya.”

“Mungkin ramai yang tak tahu, Nasha seorang yang sangat ceria. Sangat mengagumkan, dari hasil solekan di wajahnya, Nasha mampu membawa watak tertentu ketika dia menggayakan dirinya ke cermin. Tak kira sama ada menjadi model atau pelakon, dia akan membawa watak dengan berkesan. Itulah Nasha Aziz, tetap unggul sampai bila-bila”

Nasihat Untuk Menjadi Makeup Artis Profesional

Dibanjiri kata-kata pujian di ruangan komen di Instagramnya, Khir akui dia sangat berbangga dengan hasil kerjanya. Berpangalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, Khir berkata, untuk menjadi makeup artis profesional, seharusnya perlu ada kemahiran dan pengetahuan asas untuk mencantikkan seseorang. Bukannya dengan menggunakan teknik suntingan pada gambar untuk nampak cantik.

“Alhamdulilah, setakat ini saya cukup berbangga menjadi makeup artis yang disegani. Untuk menjadi makeup artis profesional tidak semestinya perlu terkenal di sosial media. Yang paling penting perlu ada kemahiran dan pengetahuan asas untuk mencantikkan seseorang. Bukannya dengan menggunakan teknik suntingan pada gambar untuk nampak cantik. Ternyata itu palsu! Sebagai makeup artis, anda harus tunjukkan betapa hebatnya anda tanpa memalsukan wajah seseorang di sosial media. Berani saya kata, hampir 70% gambar-gambar solekan di sosial media itu ada bohong.

“Saya masih berbangga dengan hasil kerja saya yang kekal hingga kini hampir lebih 20 tahun dalam industri ini. Alhamdulilah, Saya tetap menyayangi kerjaya saya sehingga sekarang”- ujarnya

Mengenai perkembangan semasa, kini Khir sibuk dengan penggambaran program hari raya di TV dan iklan komersial.

“Dalam dua ke tiga minggu ini, saya sibuk menjadi makeup artis untuk penggambaran program hari raya di TV dan ada juga kempen raya dari pereka-pereka tempatan”

Apa-apa pun, Murai MY mengucapkan tahniah kepada Khir kerana hasil kerjanya yang cukup mengagumkan sebagai makeup artis profesional. Malah boleh menjadi inspirasi kepada anak muda yang mahu menceburi bidang tata rias dan kecantikan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara