Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ramai Tak Tahu, 10 Drama Korea Popular Ini Adalah Dari Pengarah Wanita

by Jash Lee
April 10, 2021
Share on Facebook

Kadang-kadang, bekerja sebagai seorang pengarah adalah satu pekerjaan yang memenatkan dan kurang mendapat perhatian. Ini adalah kerana penonton dan peminat biasanya akan menumpukan lebih perhatian kepada pelakon yang melakonkan watak-watak tertentu yang mereka minati sahaja. Di Korea Selatan, peratusan pengarah wanita sangat sedikit dan hampir 90% adalah terdiri daripada pengarah lelaki.

Namun, apa yang menarik di sini ialah walaupun kebanyakan Kdrama diarahkan oleh pengarah lelaki tetapi kebanyakannya jalan ceritanya ditulis oleh wanita. Tak kurang juga drama bersiri, filem dan filem pendek yang diarahkan oleh pengarah wanita dan kami di Murai.My akan senaraikan antara 10 Kdrama popular yang diarahkan sendiri oleh sutradara wanita. Jom kita tengok!

It’s Ok To Be Sensitive – Choi Sun Mi

Youtube video

Choi Sun Mi merupakan seorang pengarah wanita terkenal dan kebanyakan drama yang diarahkannya adalah juga mengenai wanita. Projeknya adalah bertujuan untuk mengingatkan wanita untuk sentiasa sayang pada diri sendiri dan sentiasa kuat walaupun kebanyakan perkara dikuasai oleh lelaki.

Web series ‘It’s Ok To Be Sensitive’ adalah berkisarkan cerita tentang 5 orang pelajar baru dengan cabaran yang perlu mereka hadapi semasa berada di dalam dan di luar kampus. Drama ini juga menyedarkan kita tentang masalah gender seperti gangguan seksual, diskriminasi dan banyak lagi.

Vincenzo – Kim Hee Won

Youtube video

Pada usia 8 tahun, Park Joo Hyung (Song Joong Ki) telah dijadikan anak angkat oleh Don Fabio, ketua keluarga mafia Cassano di Itali. Dia yang diberi nama Vincenzo Cassano, kini bekerja sebagai seorang peguam untuk kumpulan mafia. Setelah Fabio meninggal, Paolo (anak kandung Fabio) cuba untuk membunuh Vincenzo. Dia akhirnya Vincenzo lari ke Korea Selatan dan bertemu dengan seorang peguam Hong Cha Young (Jun Yeo Bin).

Kim Hee Won adalah seorang pengarah wanita yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan tidak pernah takut untuk juga mencuba sesuatu yang lebih gila dan ekstrem.

365: Repeat The Year – Kim Kyung Hee

Youtube video

365: Repeat The Year adalah sebuah drama tentang 10 orang yang berpeluang untuk memutarkan masa 1 tahun ke belakang, tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku dan nasib mereka berubah. Ji Hyung Joo (Lee Joon Hyuk) adalah seorang detektif yang pernah menjadi anggota polis trafik telah dinaikkan pangkat kerana berjaya menangkap penjenayah yang sangat dikehendaki.

Walaupun pada awalnya dia bersemangat kerana berkesempatan untuk mengatur semula hidupnya namun dia juga mula mencari kebenaran ketika banyak peristiwa pelik yang mula berlaku.

Kim Kyung Hee tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik buat tontonan semua.

Do Do Sol Sol La La Sol – Kim Min Kyung

Youtube video

Goo Ra Ra (Go Ah Ra) adalah seorang gadis kaya yang naif dan mahu menjadi seorang pemain piano yang hebat. Impiannya hancur sekelip mata apabila ayahnya meninggal dan dia merasa sangat kecewa. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, dia telah dimasukkan ke hospital kerana  telah terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tangannya patah dan tidak tahu arah tujuannya selepas itu. Akhirnya, Sun Woo Joon (Lee Jae Wook) memutuskan untuk menjaganya dan berjaya memikat hati Goo Ra Ra.

Pengarah Kim Min Kyung telah menjadi terkenal dengan jalan cerita drama ini.

The School Nurse Files – Lee Kyung Mi 

Youtube video

Ahn Eun Young (Jung Yoo Mi) adalah jururawat sekolah yang dapat melihat keinginan, perasaan dan semangat manusia yang wujud dalam bentuk raksasa ‘jeli’ yang kadang-kadang berbahaya dan mengerikan. Ahn dilantik ke sekolah yang lain bagi membantu kejadian aneh yang berlaku. Dia bersama rakan guru, Hong In-Pyo (Nam Joo Hyuk) yang memiliki tenaga luar biasa juga telah bekerjasama untuk melindungi pelajar-pelajar dari kes-kes misteri yang berlaku.

Lee Kyung Mi tidak menghasilkan banyak karya, namun itu sama sekali tidak menghalangnya untuk memenangi anugerah di Blue Dragon Film Festival.

Coffee Prince – Lee Yoon Jung

Youtube video

Choi Han Gyul (Gong Yoo) adalah cucu pemilik perniagaan kopi yang berkembang pesat. Dia tidak pernah bekerja. Go Eun Chan (Yoon Eun Hye) adalah wanita tomboy yang sering disalah anggap sebagai budak lelaki. Ayahnya telah meninggal dunia ketika usianya 16 tahun dan sejak itu dialah yang menjadi tulang belakang kepada keluarganya.

Ketika Han Gyul dan Eun Chan bertemu, dia tidak tahu bahawa Eun Chan adalah seorang gadis dan memutuskan untuk mengupahnya berpura-pura menjadi kekasih gaynya bagi melepaskan diri dari perancangan yang diatur oleh neneknya.

Setelah mendapat ultimatum dari neneknya, Han Gyul mengambil alih kedai kopi lama dan diberi nama baru ‘Coffee Prince’. Untuk menarik pelanggan wanita, dia hanya mengambil pekerja lelaki yang tampan sahaja.

Sutradara Lee Yoon Jung juga telah menghasilkan satu lagi Kdrama hits yang berjudul ‘Cheese In the Trap’. 

Flower Crew: Joseon Marriage Agency – Kim Ga Ram

Youtube video

Lee Soo (Seo Ji Hoon) adalah anak tukang besi dan dia tidak tahu bahawa dia akan memerintah dan menjadi raja pada usia yang muda. Dia juga mencintai Gae Dong (Gong Seung Yeon) dan ingin memperisterikannya namun sebagai raja, perkara seperti itu adalah mustahil.

Dia kemudian mengupah agensi perkahwinan terbaik di Joseon, Flower Crew untuk membantu mengubah cinta pertamanya sehingga dapat dinikahinya dan akhirnya bersetuju untuk mengatur perkahwinan tersebut.

Sutradara Kim Ga Ram juga ada menghasilkan karya baru ‘Nevertheless‘ yang akan mula ditayangkan pada Jun 2021.

Beyond Evil – Shim Na Yeon

Youtube video

Kdrama Beyond Evil menceritakan tentang kisha 2 lelaki, Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun) dan Han Joo Won (Yeo Jin Goo) yang melanggar undang-undang untuk menangkap pembunuh bersiri. Semasa membongkar identiti pembunuh itu, kedua-dua mereka mempersoalkan tentang orang-orang yang tidak bersalah di dalam kes tersebut termasuk mereka sendiri.

Pengarah Kdrama Shim Na Yeon meraih kejayaan buat pertama kalinya dengan karya yang berjudul Moment at Eighteen (2019) dan semakin terkenal dengan drama Beyond Evil. 

Love Alarm – Lee Na Jung

Youtube video

Sekiranya seseorang menyukai anda dan berada dalam jarak 10 meter dari anda, aplikasi Love Alarm akan berdering. Aplikasi ini juga menunjukkan berapa banyak orang seperti anda, unik bukan? Kim Jo Jo (Kim So Hyun) seorang yang ceria, tetapi ibu bapanya telah meninggal ketika dia masih muda dan kini dia tinggal bersama ibu saudaranya. Hwang Sun Oh (Song Kang) adalah anak dari keluarga yang kaya raya tetapi ibu bapanya tidak menghiraukannya. Rakan baiknya, Lee Hye Yeong (Jung Ga Ram) juga bersekolah di sekolah yang sama.

Pengarah Lee Na Jung telah membuat beberapa Kdrama yang epik tetapi ini adalah salah satu Kdrama yang paling kreatif dan popular, ‘Love Alarm’.

Be Melodramatic – Kim Hye Young dan Lee Byung Hun

Youtube video

Hwang Han Joo (Han Ji Eun) adalah ketua bagi pasukan pemasaran syarikat produksi drama. Dia adalah ibu tunggal yang berjuang untuk menyeimbangkan pekerjaan dan kehidupan peribadinya. Im Jin Joo (Chun Woo Hee) adalah penulis drama dengan keperibadian yang unik. Lee Eun Jung (Jun Yeo Bin) adalah pengarah dokumentari. Dia menjalankan syarikat pengeluarannya sendiri walaupun dia tidak mempunyai pekerja.

Salah satu dokumentarinya menjadi sangat popular dalam sekelip mata. Mereka telah  mengharungi segala susah dan senang bersama-sama.

Inilah antara 10 drama arahan wanita yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Siapa kata pengarah wanita tidak hebat, kini wanita juga setanding lelaki.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dramakorea pengarahwanita sutradara kpop
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

by Phic ARMAN
August 5, 2026

Isu kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) masih menjadi bualan hangat di media sosial....

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Foto - @radaronline (IG)
Spotlight

Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

by Nurul A.
July 29, 2026

Taikun Arab, Mohamed Al-Fayed sekali lagi menjadi berita utama kerana dakwaan gangguan seksual yang dilakukannya. Kali ini, dia didakwa telah...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Foto - @cinemashortsig (IG) / @suricruise_sc (iG)
Spotlight

Selepas Anak-Anak Brad Pitt, Kini Giliran Suri Cruise Pula ‘Buang’ Nama Keluarga

by Nurul A.
July 29, 2026

Nampaknya bukan anak-anak pelakon Brad Pitt sahaja, kini anak Tom Cruise iaitu Suri Cruise pula yang tekad untuk mengugurkan nama...

Read moreDetails
Drama China Romantik, The Early Spring
Spotlight

3 Drama China Romantik Untuk Kamu Yang Tak Move On Dengan “The Early Spring”

by Nurul A.
September 18, 2026

Baru sahaja habis ditayangkan, "The Early Spring" menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini. Menampilkan...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara