Macam-macam hal! Itu lah yang berlaku di pertandingan kecantikan Mrs. Sri Lanka baru-baru ini. Terdapat kejadian mahkota dirampas dari kepala juara pertama.
Kejadian ini dialami oleh Pushpika De Silva. Wanita yang dinobatkan sebagai ratu cantik di Sri Lanka itu harus menyerahkan mahkotanya kepada peserta pertama.
Dalam video upacara pertabalan dan kemenangan, Miss Sri Lanka 2019, Caroline Jurie, mengambil mahkota dengan sebuah alasan.
Jurie berkata peraturan pertandingan yang tidak akan memberi kemenangan kepada peserta yang telah bercerai. Tiba-tiba dia naik ke atas pentas dan mengambil mahkota yang berada di kepala Pushpika De Silva.
“Ada peraturan bahawa anda harus menikah dan tidak bercerai, jadi saya mengambil langkah pertama untuk memberikan mahkota kepada naib juara pertama,”- kata Jurie kepada penonton.
Pushpika De Silva nampaknya tidak dapat menutup kekecewaannya. Ketika mahkota itu dilekatkan pada kepala runner-up pertama, dia kemudian memilih untuk melangkah keluar dari pentas.
De Silva menyatakan pendapatnya selepas kejadian itu. Dia menolak tuduhan perceraian dan dianggap tidak layak untuk dinobatkan sebagai Miss Sri Lanka.
“Semasa saya menulis ini, saya secara bertanggungjawab mengatakan bahawa saya bukan wanita yang telah bercerai,” tulisnya.
“Sekiranya saya bercerai, saya mencabar mereka untuk membuktikan surat cerai,” sambungnya.
Kejadian ini meraih perhatian umum dan ramai mendakwa tindakan Caroline Jurie telah mencemarkan acara tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.