Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Bagai Kisah Dongeng! John Travolta Kongsi Momennya Menari Bersama Puteri Diana

Aktor berusia 67 tahun ini tidak menyangka mereka memintanya untuk menari bersama Puteri Diana.

by Naddy Joe
April 26, 2021
Share on Facebook

John Travolta mengenangkan kembali saat “dongeng” ketika dia menari bersama Puteri Diana di makan malam gala Ronald dan Nancy Reagan di White House pada tahun 1985.

Tidak Sangka Diminta Menari Bersama Puteri Diana

Melalui temubualnya bersama Esquire Spain edisi Mei 2021, aktor berusia 67 tahun ini tidak menyangka mereka memintanya untuk menari bersama Puteri Diana.

“Saya tidak menyangka mereka akan meminta saya menari dengannya. Saya mempunyai hak istimewa untuk melakukannya, dan saya berfikir, ‘Pasti ada alasan untuk melakukan ini dan lebih saya memberikan yang terbaik’.”- John Travolta

Menyapa Puteri Diana Untuk Menari Adalah Satu Tugas Yang Sukar

John Travolta turut mengingat kembali perasaan tekanannya untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar bersama Puteri Diana, yang meninggal dunia pada tahun 1997.

“Ianya bertujuan untuk memimpin tarian dengan baik dan memastikan kami seronok, itu adalah tugas yang mudah. Tetapi untuk menyapa Puteri Diana, menjadi yakin, dan ,mengajaknya untuk menari adalah satu tugas yang sukar.”- John Travolta

Aktor ini turut menggambarkan energi di dalam bilik sewaktu majlis itu dan bagaimana Puteri Diana memberi reaksi terhadap pelawaannya untuk menari.

“Memikirkan suasananya. Kami berada di White House dan ianya sudah tengah malam. Pentasnya seperti mimpi. Saya mendekatinya, menyentuh sikunya, mengajaknya menari. Puteri Diana pusing dan memberikan saya senyuman menawan, sedikit sedih, dan menerima pelawaan saya. Dan di sana kami menari bersama seolah-olah dongeng.”-John Travolta

Tidak Percaya Diberi Penghormatan Untuk Bergaul Dengan Puteri Diana

Aktor yang mengimbas kembali momen dongengnya masih tidak percaya apabila diberi penghormatan untuk bergaul dengan Puteri Diana.

“Siapa yang dapat membayang sesuatu seperti itu akan terjadi pada mereka suati hari nanti? Saya cukup bijak untuk memasukkannya ke dalam ingatan saya sebagai momen ajaib yang sangat istimewa.”- John Travolta

Puteri Diana ditemani oleh suaminya pada ketika itu, Putera Charles, sewaktu makan malam gala itu. Puteri Diana dan Putera Wales, ibu bapa kepada Putera William dan Putera Harry, akhirnya bercerai pada tahun 1996 setelah 15 tahun  berkahwin. Setahun kemudian, Puteri Diana terbunuh secara tragis dalam kemalangan kereta pada usia 36 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara