Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

by Jash Lee
May 1, 2021
Share on Facebook

Pasangan selebriti paling popular, sama cantik dan sama padan ini telah selamat diijabkabulkan pada bulan Mac yang lalu. Majlis gilang gemilang serba putih ini telah dilangsungkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sewaktu Neelofa berusia 26 tahun, dia pernah digelar jutawan dan tersenarai sebagai wanita terkaya di Asia Tenggara bawah 30 tahun di dalam majalah Forbes.

Kini Neelofa dan suaminya mempunyai pelbagai cabang perniagaan yang dijalankan. Di sini kami ingin berkongsi dengan pembaca antara perniagaan yang dijalankan oleh Neelofa dan suaminya, PU Riz. Jom kita tengok!

1. Aplikasi The Noor

via malaysiamarketing.my

Aplikasi yang dikeluarkan hasil dari idea Neelofa sendiri ini baru dilancarkan pada Januari yang lalu. Aplikasi TheNoor yang merupakan sebuah aplikasi Islamik dan gaya hidup muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian dan kehidupan seharian. Fungsi asas aplikasi ini adalah seperti menunjukkan waktu solat, arah kiblat, pemain media Al-Quran serta terjemahan dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin dan Indonesia.  Pilihan bahasa juga turut terdapat dalam terjemahan dan alih suara dalam A-Quran Player. Apa yang menariknya lagi, untuk terjemahan dalam bahasa melayu, terjemahan menggunakan suara Neelofa sendiri. Ianya boleh digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

Nama ‘Noor’ yang diambil sebagai nama aplikasi ini yang membawa maksud cahaya yang menyinari dan membawa rahmat kepada seluruh umat manusia.

Antara fungsi lain Aplikasi TheNoor adalah seperti pembayaran zakat, E-Dagang dan pengurusan wasiat. Pada masa akan datang, Neelofa ingin menjadikannya sebagai E-Wallet bagi memudahkan lagi urusan pengguna.

2. Restoran Food Station – PU Riz

via YT

Pendakwah bebas yang juga merupakan seorang pelakon, Muhammad Hariz Mohd Ismail yang kini berusia 25 tahun dan berasal dari Selangor. Anak kedua dari 3 beradik ini mula dikenali selepas beliau menyertai program ‘Pencetus Ummah’ pada tahun 2016. Beliau juga mahu meneruskan legasi dan mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Restoran milik PU Riz kini mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan lebih 500 hidangan Melayu, Thai dan Barat dengan harga yang berpatutan. Selain itu, PU Riz juga ada menguruskan food court di tingkat 3 NU Sentral, Kuala Lumpur.

3. Kolaborasi Neelofa & Chatime

via nona.my

Sejak tahun 2019, Neelofa sudah pun bekerjasama dengan syarikat Chatime. Kolaborasi minuman susu iaitu Nilofa Dalgonana telah terhasil selepas produk minuman susu pisang jenama Neelofa menjadi viral dan terus melonjak naik. Ia merupakan minuman susu pisang yang digabungkan dengan milk tea dan juga coklat.

via syoknya.com

Selain itu, kolaborasi ini juga telah menghasilkan ais krim teh boba.

4.Buku Kaya Jiwa – PU Riz

via oijom.com

Buku kaya jiwa terbitan Markaz Tijaari merupakan naskah hasil karya PU Riz sendiri yang dipenuhi dengan pesanan untuk menjalani kehidupan seharian serta diselitkan dengan kisah perjalanan kehidupan peribadinya sendiri.  Buku ini yang mengisahkan dari seorang insan biasa hingga kini menuju kepada banyaknya kisah dan pengorbanan pada usia yang muda. Pengalaman yang bersulam keindahan dan kepahitan menjadikan Ustaz Muhammad Hariz seorang yang gigih belajar. Buku kaya jiwa PU Riz ini ada dijual di Shopee dengan harga RM35.00 senaskah.

Selain itu, PU Riz dan Neelofa juga mengusahakan Markaz Tijaari bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan surirumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan.

5. Naelofar Hijab Dan Susu Nilofa

via logo

Perniagaan tudung dibawah jenama Naelofar telah dijalankan sejak September 2014 dengan hanya 3 orang pekerja sahaja. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang mengusahakan perniagaan yang dijalankan bersama keluarganya itu. Koleksi tudung Naelofar hijab telah dijual secara dalam talian ke lebih 37 buah negara termasuk Perancis, United Kingdom dan banyak lagi.  Menurut Neelofa, pada tahun 2015, syarikatnya mencatatkan jualan sebanyak 50 juta ringgit dengan pasaran antarabangsa yang telah menyumbang sebanyak 10 peratus daripada jumlah jualan tersebut.

Selain itu, Neelofa juga kini menjalankan perniagaan lain seperti produk minuman susu Nilofa seperi susu pisang, durian, mangga, kurma, badan dan kismis. Harga yang ditawarkan adalah dari RM3.50 hingga RM27.00 untuk 6 pek.

Inilah antara senarai yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Terdapat berbagai perniagaan yang dilakukan oleh pasangan ini bagi mencapai kejayaan yang luar biasa. Semoga pasangan ini dapat menjadi inspirasi untuk kita terus berjaya dan memperoleh kejayaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jutawanlofarizneelofadanpurizpasangansamacantiksamapadanperniagaan
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara