Berita baik buat semua yang tak dapat pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran. Hari ini di laman Facebook, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi akan menawarkan kemudahan panggilan percuma.
Syarikat telekomunikasi yang menawarkan panggilan percuma ini adalah termasuk Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan juga YES.
Seperti yang disebut dalam kenyataan media, panggilan percuma ini ditawarkan ke semua rangkaian dalam negara bermula 10 malam 12 Mei 2021, sehingga 10 pagi 13 Mei 2021.
Dalam pada itu, pihak Kementerian juga berharap kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia untuk terus berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga dan rakan taulan. Ini kerana aktiviti ziarah-menziarah tidak dibenarkan ketika PKP yang berkuatkuasa sehingga 17 Jun 2021.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.