Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

11 Pelakon Korea Wanita Yang Bergelar Master Hingga PhD

by Jash Lee
May 15, 2021
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Kesibukan pelakon Korea tentu akan menjadi lebih sukar sekiranya mereka perlu membahagikan masa mereka dengan kerjaya dan juga pendidikan. Namun mereka tetap bersyukur kerana mendapat pendidikan yang lebih cemerlang. Jarang sekali antara mereka ini mengambil keputusan untuk berhenti separuh jalan kerana kesibukan aktiviti seharian mereka.

Berikut adalah senaraikan beberapa pelakon Kpop wanita yang dapat mengimbangkan masa antara kerjaya dengan pendidikan. Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, ada juga antara mereka ini yang mengajar di universiti yang berprestij.

Siapakah pelakon yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Kang Han Na

via koreatimes.co.kr

Pelakon wanita, Kang Han Na yang akan muncul dalam drama ‘My Roommate Is A Gumiho’ ini sudah memiliki gelaran Master. Dia belajar di Chung-Ang Universiti dalan jurusan teater, sama seperti ketika dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama.

2. Park Min Young

via blogspot.com

Pelakon jelita ‘Namoo Actors’ ini telah memperoleh Master dari Universiti Dongguk dalam jurusan Seni Dan Persembahan. Sebelum ini, pelakon yang dilahirkan pada 4 Mac 1986 ini telah pun memperoleh Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama dalam jurusan teater. Pada masa ini, dia masih mempertimbangkan tawaran utnuk memainkan drama ‘Office Romance’.

3. Kim Shin Rok

via marieclairekorea.com

Mereka yang menonton drama korea ‘Beyond Evil’ ini pasti mengenali pelakon tomboy ini. Mengenai pendidikannya, Kim Shin Rok memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Geografi di Seoul National Universiti.

Kemudian, dia melanjutkan pelajaran bagi memperoleh Master yang bersesuaian dengan kerjayanya di Universiti Hanyang, dalam jurusan Kimia Teater dan Filem. Dengan memperkuatkan lagi pengetahuannya, dia belajar di Korea National University of Arts dalam bidang lakonan.

4. Cho Yeo Jeong

voa okdio.com

Pelakon wanita yang muncul dalam drama ‘High Class’ ini ternyata mempunyai gelaran Master dari Universiti Dongguk dalam jurusan Teater dan Filem. Sebelum ini, dia juga telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang sama.

Cho Yeo Jeong juga pernah mengajar di Baekje Universiti of Arts. Pelakon terkenal, Kim Do Geon juga adalah merupakan salah seorang pelajar Cho Yeo Jeong.

5. Oh Na Ra

via Ig

Oh Na Ra merupakan seorang pelakon Korea yang dilahirkan pada 26 Oktober 1974, dia mengajar di  Baekseok Universiti dalam jurusan Muzikal selama lebih kurang 10 tahun. Sebelum ini dia telah memperoleh Master di Dankook Universiti dalam jurusan yang sama seperti yang diajarnya.

Pelakon wanita yang bakal muncul dalam drama ‘Racquet Boys’ ini juga pernah mengajar di Kaywon Preliminary High School. Pengalamannya diperoleh ketika dia belajar di Kyung Hee University dalam jurusan Dance tahun keempat. Salah seorang pelajarnya adalah Cho Seung Woo.

6. Jun Ji Hyun

via dienanh.net

Pelakon yang akan muncul dalam drama ‘Cliffhanger‘ ini adalah pemegang gelaran Master sama seperti pelakon Oh Na Ra. Dia adalah lulusan dari jurusan filem di Universiti Dongguk . Sebelum ini dia telah pun mendapat Ijazah Sarjana Muda dari universiti dan jurusan yang sama.

7. Kim Hye Soo

via parenting.orami.co.id

Pelakon wanita yang berusia 51 tahun ini merupakan seorang alumni universiti yang berprestij iaitu Universiti Dongguk dalam jurusan Teater, manakala untuk Master yang diperolehinya dari Sungkyunkwan Universiti dalam jurusan kewartawanan.

Pada tahun 2001, dia berkesempatan mengajar di tempat di mana dia bersekolah iaitu di Sungkyunkwan Universiti dalam Fakulti Seni Visual dan Lakonan.  Pelakon yang bakal muncul dalam drama ‘Juvenaile Judgement’ ini telah memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1986.

8. Lee Bo Young

via fmkorea.com

Isteri kepada pelakon Jisung ini, Lee Bo Young juga tidak ketinggalan dalam hal pendidikan. Dengan memperoleh gelaran Master yang dipegangnya dari Kongju National Universitydalam jurusan Pentadbiran Perniagaan, dia juga terus belajar dengan mengikuti program Sarjana Muda di Seoul Women’s Universiti untuk jurusan Korean Languange and Literature.

Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda, dia juga memiliki Master dalam jurusan yang sama. Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan Lee Bo Young dalam drama ‘Korea Mine’.

9. Kim Hee Ae

via insertive.com

Pelakon YG Entertainment ini merupakan alumni untuk jurusan Teater dan Filem di Universiti Chung-Ang dan untuk gelaran Master diperolehinya adalah dari jurusan Komunikasi dan Kewartawanan.

Ada laporan mengatakan, dia telah mengesahkan penyertaannya dalam filem korea ‘The Moon’ (judul sementara). Gandingan bersama Do Kyung Soo dan Sol Kyung Gu.

10. Bae Jong Ok

via newstomato.com

Adakah anda masih ingat ratu Sunwon dalam drama korea ‘Mr Queen‘?. Pendidikan terakhir pelakon J Wide Company ini adalah Doktor Falsafah dalam jurusan Kewartawanan dari Korea  Universiti. Sebelum ini dia memperoleh Master dalam jurusan yang sama di Chung-Ah Universiti.

Pada tahun 1999, dia berpeluang mengajar di universiti yang sama dalam jurusan teater. Ada sumber yang mengatakan, Bae Jong Ok juga membuka sebuah sekolah lakonan yang diberi nama BJO Institute.

11. Lee In Hye

via ig

Akhir sekali, Lee In Hye yang merupakan salah seorang pelakon dalam drama korea ‘Graceful Friend’, adakah andamasih ingat? Pada usia 41 tahun, dia telah pemegang gelaran PhD untuk jurusan kewartawanan dari Korea Universiti dan pada yang sama dia juga telah memperoleh Master.

Dia juga belajar di Seoul Art College untuk jurusan Seni Kecantikan. Dia memiliki banyak pengalaman mengajar mulai dari Februari 2009 dan salah satunya adalah Kyungsung Universiti untuk jurusan filem pada bulan Mac 2018 hingga sekarang.

Untuk menjadi seorang pelakon yang hebat serta perlu berhadapan dengan jadual yang sibuk sama sekali tidak menghalang mereka untuk terus mendapatkan pendidikan yang tinggi. Jadi, dari 11 pekakon wanita yang kami senaraikan ini, yang mana satukah yang menjadi kegemaran anda? Mereka hebat bukan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Jun Ji HyunJunjiHyun
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    AirAsia Dedah Taktik Baru Scammer, Nombor ‘Customer Service’ Palsu Sedang Tular

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara