Bintang filem Fantastic Beasts, Kevin Guthrie didakwa atas gangguan seksual. Guthrie dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh mahkamah Scotland. Ini berpunca dari laporan tahun 2017 yang difailkan oleh seorang wanita yang mengaku diserang secara seksual dan diganggu oleh Kevin Guthrie.
Menurut INSIDER, Kejadian itu berlaku di kediaman Scott Reid, pelakon yang melakonkan siri di HBO dan Venom. Wanita itu mengakui bahawa dia berasa tidak sihat ketika bertemu dengan Reid dan Guthrie.
Ketika dia sedang berbaring sementara Reid menghubungi petugas perubatan untuk meminta pertolongan, Kevin Guthrie dikatakan telah mengganggunya dengan menyentuh badannya untuk memaksa melakukan hubungan seksual.
Kes undang-undang seperti ini bukanlah yang pertama melanda melibatkan pelakon filem Fantastic Beasts itu. Sebelumnya ada Johnny Depp yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Amber Heard.
Johnny Depp juga dikeluarkan dari watak sebagai Gellert Grindelwald dari filem tersebut.
Sementara itu, Kevin Guthrie terkenal dengan peranannya sebagai Mr Abernathy, watak kecil yang muncul dalam sekuel filem itu sebagai pengikut Grindelwald. Dia dijadualkan untuk mengulangi peranannya untuk Fantastic Beasts yang ketiga.
Namun, kes ini nampaknya membuat pelakon itu berhenti kerana dia harus menjalani hukuman di penjara.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.