Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Tak Sabar Nak Melancong Selepas Pandemik Berakhir? Jom Lihat 5 Tempat Menarik Di Korea Ini Yang Mesra Keluarga

by Phic ARMAN
June 7, 2021
Foto: Ivisitkorea

Foto: Ivisitkorea

Share on Facebook

Seluruh masyarakat di dunia mengharapkan pandemik Covid-19 berakhir dengan cepat. Malah ramai yang tak sabar-sabar untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dari Covid-19.

Sudah tentu, selepas pandemik ini berakhir, anda mahu membawa anak-anak dan seisi kelurga untuk melancong ke destinasi impian.  Anda pasti mahu berkunjung ke tempat kawasan yang mesra dan sesuai untuk kanak-kanak.

Ya! Korea Selatan adalah pilihan destinasi yang tepat sekiranya anda ingin membawa bersama anak-anak bercuti.

Walaupun korea dikatakan tempat lawatan yang romantik bagi pasangan baru berkahwin, kawasan lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak juga kesemuanya sangat menarik dan menyeronokkan

Di sini Murai MY kongsikan antara tempat-tempat lawatan yang mesra kanak-kanak dan keluarga sebagai rujukan.

Children’s Grand Park

Di Seoul mempunyai taman tema yang dinamakan Children’s Grand Park. Berjalan-jalan atau bersiar-siar, taman ini mempunyai banyak pilihan untuk pelancong. Children’s Grand Park adalah taman besar dengan Zoo, taman botani, tempat pameran luar dan banyak tarikan menarik yang lain. Taman ini sangat terkenal dengan keluarga, dan selalu ada banyak acara yang berlaku di taman itu sepanjang tahun.

Everland Theme Park

Foto: Ivisitkorea

Everland Theme Park di Yongin merupakan taman tema paling popular di kalangan penduduk Korea Selatan dan juga para pelancong. Sekali pandang macam Disneyland dan Universal Studio. Taman tema ini mengikut konsep Zootopia, Global Fair, European Adventure, American Adventure dan Magic Land. Anda boleh memilih pakej laluan mengikut kesesuaian samada Children’s Course, Parent’s Course, Thrill-Seeker’s Course atau Short-cut Course.

Topik Berkaitan Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak 'Tourist Friendly', Netizen Bidas

Gwacheon National Science Museum

Foto: Korea Tourism Organization

Gwacheon National Science Museum di Seoul Land Gwacheon. Di sini anak-anak mahupun semua peringkat umur dapat menimba banyak ilmu pengetahuan.  Muzium besar ini terdiri daripada dewan pameran utama, Planetarium, taman Dinosour dan taman permainan kanak-kanak. Pameran-pameran di dewan utama termasuk: Aerospace, Modern Technology, Traditional Science dan Natural History Hall.

Nami Island

Foto: Korea Tourism Organization

Bawa keluarga besar anda ke Nami Island yang terletak di Chuncheon. Ia merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bulan sabit dan mula mendapat tempat di hati pelancong selepas tayangan drama Winter Sonata.

Namun adakah anda tahu bahawa pulau ini telah dinobatkan sebagai UNICEF Children Friendly Park sempena meraikan kanak-kanak? Oleh itu, sebuah taman permainan kreatif ‘Un-chi’ dan perpustakaan kanak-kanak telah dibina di sebelah dewan UNICEF.

Aktiviti-aktiviti yang ideal dilakukan di sini seperti berjalan kaki atau berbasikal menikmati keindahan semulajadi melalui Metasequoia Lane, Ginkgo Tree Lane, Pine Lane (Winter Sonata Lane), Tulip Lane dan Cherry Blossoms Lane.

Bukchon Hanok Village

Foto: Korea Tourism Organization

Bawa anak-anak anda untuk belajar budaya masyarakat Korea Selatan di perkampungan tradisional Korea Bukchon Hanok Village di Jongno. Ia terletak di antara dua istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung. Di sini anda boleh belajar tentang rekabentuk ‘Hanok’ iaitu rumah tradisional Korea, seni dan kraftangan tradisional Korea dan kerja-kerja kayu sambil menikmati panorama yang sangat cantik sepanjang perjalanan.

Topik Berkaitan Bakal Tayang Pada September Ini, 'The Intern' Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

Di samping itu terdapat juga butik-butik baju, kedai-kedai dan galeri seni serta rooftop cafe untuk anda mendapatkan cenderamata istimewa.

Menarik bukan? Anda boleh mula merancang dari sekarang dan kami ada berita baik untuk dikongsikan kepada pembaca semua.

Sedunia Travel iaitu sebuah syarikat pelancongan yang sangat berpengalaman dalam menawarkan pakej pelancongan  telah bekerjasama dengan Korea Tourism Organization.

Mereka ada menyediakan promosi dengan harga yang sangat berpatutan untuk percutian ke Korea Selatan yang bermula hari ini. Dari Seoul hingga ke Pulau Jeju, anda akan menemui pakej percutian di destinasi menarik di Korea Selatan mengikut tempoh percutian yang anda inginkan.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan mana-mana pakej, tempahan boleh dibuat melalui tempahan laman web, e-mel di contact@sedunia.com.my atau hubungi di talian 03 2148 4566.  Anda juga boleh berkunjung ke laman sesawang rasmi Sedunia Travel.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
koreaSedunia Travel
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara