Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

7 Selebriti Korea Ini Ditemui Mati Akibat Depresi & Bunuh Diri

by Puteri Alia
June 20, 2021
Foto - Fandom/Pinterest

Foto - Fandom/Pinterest

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai sudah selebriti Korea yang kecundang dalam industri hiburan, lalu mengalami depresi yang teruk hingga akhirnya membuat keputusan untuk membunuh diri.

Sudahlah begitu, rata-rata kebanyakan kes kematian selebriti ini dibiar tergantung sepi tanpa siasatan yang lebih mendalam sebelum diisytiharkan sebagai kes bunuh diri secara umum.

Dipetik dari Brilio, kematian selebriti Korea ini sangat mencurigakan dan ianya buikan sekadar masalah depresi dan bunuh diri biasa.

Daul Kim

Foto – Fashion School Daily/Riverfront Times

Kematian model antarabangsa ini menjadi tanda tanya, Daul Kim meninggal coretan luahan terakhir di akaun blog peribadinya sebelum membunuh diri.

Banyak spekulasi menyatakan bahawa punca model jelita ini meninggal dunia adalah kerana depresi yang sangat teruk, meskipun begitu kes kematiannya kekal misteri sehingga sekarang dan tiada siapa tahu mengapa model muda ini ingin menamatkan nyawanya seawal usia 20 tahun.

Choi Jin Sil

Foto – The Ofy/AsianWiki

Kes kematian bunuh diri berantai, ianya bermula dari suami kepada aktres Jeong Sun Hee iaitu Ahn Jae Hwan yang meninggal dunia bunuh diri kerana memiliki hutang yang banyak dan Jin Sil antara pemberi pinjam wang kepada Ahn Jae Hwan.

Rakyat Korea kemudian mula menyalahkan Jin Sil kerana menjadi punca Ahn Jae Hwan bunuh diri, Jin Sil kemudian mengalami trauma dan depresi lalu memilih untuk membunuh diri.

Adik Jin Sil iaitu Choi Jin Young yang merupakan seorang doktor, juga berasa tertekan keatas pemergian kakaknya dan membuat keputusan membunuh diri.

Topik Berkaitan Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak 'Tourist Friendly', Netizen Bidas

Tidak lama kemudian suami Jin Sil iaitu Jo Sung Min, juga menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri sampai mati.

Jang Jae Yeon

Foto – Fandom

Bekas pelakon drama ‘Boys Over Flower’ ini ditemui mati bunuh diri kerana depresi yang teruk, hasil siasatan wanita malang ini mengalami gangguan seksual dengan melayani lebih 20 orang nama besar dalam industri hiburan yang menjanjikan pekerjaan dan populariti kepadanya.

So Jin

Foto – Pinterest

Pelatih di bawah agensi DSP Entertainment ini menamatkan nyawa dengan terjun dari tingkat 10 di pangsapurinya, tekanan teruk dialami sebagai pelatih dan persaingan sebagai calon idol dalam industri menyebabkan wanita ini menamatkan nyawanya sendiri.

Kim Ji Hoo

Foto – Pinterest

Sebelum model dan aktor ini ditemui mati bunuh diri, Ji Hoo sempat meninggalkan wasiat agar jenazahnya dikebumikan dan membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang gay.

Kim Ji Hoon (DUKE)

Foto – Pinterest

Antara idol K-Pop popular dan merupakan bintang hallyu di era 90-an, dikhabarkan Ji Hoon ditemui mati meninggal dunia kerana depresi akibat mengalami masalah kewangan.

Namun apa yang menjadi misteri adalah enam hari sebelum kematian idol ini siasatan menemui Ji Hoon bertemu dengan seorang wanita, tetapi malangnya tiada khabar berita mengenai kes kematian Ji Hoon dan ianya senyap begitu saja.

Kang Doo Ri

Foto – Pinterest

Aktres jelita ini ditemui meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, tetapi berdasarkan siasatan pihak polis terdapat unsur bunuh diri.

Topik Berkaitan Peminat Terharu, TWICE Dahyun Derma Hampir RM79K Kepada Pesakit Leukemia Sempena Hari Jadinya

Kematian aktres ini menjadi bualan ramai dan banyak spekulasi dibuat namun tiada siapa yang tahu kebenaran disebalik kematian aktres meninggal ketika berusia 22 tahun ini.

Kalau perasan ramai selebriti Korea ini menamatkan nyawa sendiri pada usia yang sangat muda, sedihnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
artisbunuh diridepresikoreaSelebriti
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Sailor Honeymoon
Spotlight

Sailor Honeymoon Tolak Kesempurnaan Dalam Album Debut “The Worst Of Sailor Honeymoon”

by Nurul A.
August 20, 2026

Diterbitkan oleh Luke Smith (Foals, Shura, Depeche Mode), diadun oleh Claudius Mittendorfer (Parquet Courts, Temples) dan dimaster oleh Katie Tavini,...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara