Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Seriuslah! Kim Kardashian & 4 Selebriti Ini Pernah Dikhabarkan Memeluk Agama Islam?

by Soph Azz
June 26, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Menukar agama lain dalam kalangan selebriti Hollywood sudah menjadi perkara yang biasa. Ada yang mahu menukar disebabkan oleh perkahwinan dan ada juga yang mempunyai keinginan untuk memeluk agama lain.

Kali ini Murai MY akan senaraikan selebriti Hollywood pernah menjadi mangsa kontroversi akibat menukar agama dan memeluk agama Islam. Nak tahu siapa?

Rihanna 

Kekasih kepada rapper Amerika, A$AP Rocky ini pernah dilaporkan memeluk agama Islam. Berita mengenainya agamanya tersebar setelah dia memuat naik gambar bertudung di Instagram.

Foto – Pinterest

Malah dia juga mengunjungi sebuah masjid yang terletak di Abu Dhabi dengan memakai pakaian khas wanita Timur Tengah. Walaupun mendapat komen yang positif, Rihanna dikatakan telah diusir dari masjid kerana dianggap menganggu tempat ibadah.

Madonna

Foto – Pinterest

“Saya membina sekolah wanita di negara Islam dan mula belajar Al-Quran. Saya fikir saya perlu mempelajari semua kitab suci. Seperti yang dikatakan oleh rakan Yaman saya, ‘Seorang muslim yang baik adalah seorang Yahudi yang baik dan seorang Yahudi yang baik mesti seorang Kristian yang baik, dan sebaliknya.’ Saya sangat setuju,” ujar Madonna.

Foto – Pinterest

“The Queen Of Pop” ini merupakan penganut Kabbalah yang taat sehingga sekarang. Walaupun pernah mengaku mempelajari Al-Quran semasa bercinta dengan kekasihnya, Brahim Zaibat iaitu seorang penganut agama Islam, Madonna tidak pernah menukar agamanya.

Topik Berkaitan 'Target' Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya

Lindsay Lohan 

Tak pernah terlepas dengan kontroversi, pelakon Lindsay Lohan pernah dikhabarkan menjadi salah satu selebriti yang memeluk agama Islam. Pada awalnya, pelakon berdarah Ireland dan Itali ini dikenali sebagai penganut Katolik.

Foto – Pinterest

Khabar angin mengenai penukaran agama itu terjadi setelah paparazi menangkap gambar Lindsay yang membawa Al-Quran ketika berada di New York. Malah dia juga sering memuat naik petikan dalam bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran di Instagramnya.

Kim Kardashian 

Bintang “Keeping Up With The Kardashians” ini dikatakan memeluk agama Islam kerana memakai pakaian seperti wanita Islam ketika mengunjungi Dubai.

Foto – Pinterest

Tak cukup dengan itu, Kim pernah memuat naik tweet yang mengandungi perkataan ‘Insya Allah’ pada hujung 2012 yang lalu dan mendapat kritikan kerana dianggap menghina Islam.

Foto – Twitter

Rowan Atkinson 

Siapa sahaja yang tak kenal dengan watak “Mr. Bean“? Khabar angin mengenai pertukaran agama pelawak, Rowan Atkinson ini muncul setelah dia menonton filem “The Innocence Of Muslim“. Paling mengejutkan ada pelbagai videomengenai pengakuan Rowan yang didakwa mengucap syahadah.

Foto – Pinterest

Namun tiada siapa yang mengetahui khabar ini sama ada betul atau tidak kerana Rowan memilih untuk mendiamkan dirinya dan tidak memberi komen mengenai pertukaran agama tersebut.

Selain selebriti Hollywood di atas, ramai lagi selebriti lain yang mempunyai kontroversi dalam menukar agama. Kongsikan dengan Murai MY selebriti manakah lagi yang menukar agama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Agama Islamkim kardashianmadonnarihannarowan atkinsontukar agama
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Putera Harry & Meghan Markle Pilih Inap Rumah Kawan Berbanding Istana

by Nurul A.
November 5, 2026

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengambil keputusan kembali ke England untuk lebih dekat dengan Raja Charles III tanpa menggalas...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara