Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cerita Hantu ‘Lejen’ Yang Seram Di Asrama, No. 3 Paling Menakutkan!

by Soph Azz
August 24, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

71
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika kamu pernah tinggal di asrama, cerita di bawah mungkin pernah terjadi pada kamu. Tetapi jika kamu berangan-angan nak masuk asrama, cuba baca dulu cerita seram popular yang sering berlaku di asrama.

#Nama-nama dalam cerita seram ini bukanlah nama sebenar.

#1 Hantu 123

Linda dan Julia merupakan rakan baik. Pada suatu malam, Linda tidak dapat lelapkan matanya. Katil Julia pula disebelah sahaja dan dia sedang tidur dengan nyenyak. Linda melihat jam sudah hampir 2 pagi dan dia tetap tidak boleh tidur. Sambil berguling ke kiri dan kanan, Linda terdengar ada orang buka tingkap bilik yang betul di hadapannya. Kemudian Linda terdengar;

Tak lama kemudian, si junior datang kembali kepada senior tersebut dengan membawa karipap di tangannya. Senior tersebut mula berasa pelik dan seram. Mereka bertanya pada junior itu di manakah dia dapat karipap tersebut.

Akui junior itu, dia membeli dengan seorang makcik di tingkat 3 blok D seperti yang diarahkan oleh sekumpulan senior itu. Pada masa yang sama, penjual karipap itu tinggalkan pesan seperti;

“Cakap dengan senior, jangan buli budak baru tau!”

 #3 Bilik 5, Tingkat 3, Blok A

Sally merupakan pelajar di sebuah sekolah agama yang terletak di Klang. Dia merupakan penghuni asrama blok C. Dijadikan cerita pada suatu petang di dewan makan, Sally ternampak ada ibu bapa sedang menunggu.

Kebiasaannya ada orang di konti radio untuk lakukan pengumuman sekiranya ada ibu bapa yang menunggu di dewan makan. Tetapi pada hari kejadian, tiada siapa di konti tersebut. Ibu bapa itu meminta tolong Sally untuk panggilkan anak mereka, Nurul di Blok A, tingkat 2, bilik 5.

Dengan berlari memanggil Nurul, Sally terlajak naik sampai ke tingkat tiga dan sampai ke bilik 5 yang terletak di sebelah tangga. Yang seramnya, pintu bilik itu terbuka dan Sally ternampak sekumpulan pelajar sedang berkemban dan menyikat rambutnya. Tanpa ragu-ragu, dia ketuk dan bertanya siapakah Nurul.

Kemudian, sekumpulan pelajar itu pandang dan memberitahu Sally tersalah bilik dan bilik dicarinya itu berada di betul bawah bilik itu. Sally turun semula ke tingkat 2 dan memanggil Nurul. Bila dia sampai sahaja ke biliknya, Sally ceritakan peristiwa itu kepada senior biliknya.

Seniornya terkejut dan memberitahu bilik itu sebenarnya sudah kosong sejak tahun 80-an lagi. Dia kemudiannya keluar daripada asrama. Untuk dikatakan puncanya, pelajar di A:2:5 itu bermain permainan spirit dan menyebabkan makhluk halus mula tinggal di situ. Pelbagai peristiwa terjadi sehinggakan, katil digegar dan ditarik, histeria yang teruk dan macam-macam lagi. Akhirnya pihak sekolah te

#4 Rakan Bilik Jelmaan Jin

Kisah seram ini dikatakan berlaku di UUM, Kedah apabila seorang cikgu Matrik (Ina) yang pernah menjadi pelajar di situ tinggal dengan jin.

Ina menceritakan dia hidup seperti orang lain tanpa simpan sebarang syak wasangka pada teman sebiliknya sehinggalah satu ketika rakan biliknya pulang ke bilik.  Ina meminta rakannya itu untuk menutup suis lampu.

Ketika mahu tutup lampu bilik, rakan Ina mengjulurkan tangannya seperti hantu Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Selepas Ina ternampak kejadian itu, dia terus menjerit dan lari keluar daripada bilik. Apabila orang lain bergegas selepas mendengar jeritannya itu, Ina ceritakan hal sebenar dan ramai yang melihat Ina tinggal bersendirian dan katil sebelahnya kosong.

Keesokkan harinya, Ina ke pejabat kolej untuk tanya tentang rakan sebiliknya itu. Yang paling mengejutkan, tiada nama seperti yang disebutkan oleh Ina, malah tak wujud. Rupa-rupanya Ina telah tinggal bersama jin selama satu semester.

Nak lagi best, cuba kamu buka muzik seram sambil membaca cerita hantu di atas. Memang feel habis!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cerita hantu asramamakcik karipapouija board
Share28Tweet18SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara