Nama bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James kembali hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Enggan Pakai ‘Facemask’
Ia berikutan sebuah hantaran Samantha baru-baru ini telah mencetuskan kecaman orang ramai berikutan tindakannya enggan memakai topeng pelitup muka (facemask) dan bangga untuk berbuat demikian di khalayak ramai. Menyifatkan topeng tersebut seperti sebuah lampin, Samantha berkata dia sama sekali tidak akan memakainya melainkan pada keadaan tertentu termasuklah ingin menyembunyikan identitinya.
“Saya tidak akan sesekali memakai lampin(topeng pelitup muka) itu pada muka saya dan sudah tentu saya hanya akan memakainya untuk menyamar atau ketika berada di sekeliling orang yang menjengkelkan” tulisnya
Bangga Berjaya Pengaruh Orang Lain
Dalam pada itu, Samantha turut berbangga apabila dia dan rakannya menjadi perhatian ketika berbuat demikian di sekeliling orang ramai yang memakai topeng pelitup muka. Malah, dia juga berasa sedemikian apabila tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk turut membuang pelitup muka mereka.
“Saya nampak seorang lelaki berjalan di hadapan saya dan membuka topeng pelitup muka lalu merosakkannya dengan tangan. Itulah lelaki sejati. Saya sayang awak tidak kira siapa pun awak, tindakan itu mengiurkan,saya tertarik!” dedah Samantha
Di media sosial, rata-rata meluahkan rasa kesal serta mengecam tindakannya yang dilihat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat umum. Terdahulu,Murai.my melaporkan Samantha pernah dikritik ramai kerana meluahkan pendapat yang berbaur perkauman ketika protes #BlackLivesMatter berlangsung.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.