Mungkin ramai yang tak mengikuti kes bunuh melibatkan warga Malaysia di kota Amerika Syarikat ini. Pada 15 Januari 2019, seorang pemilik restoran kelahiran Johor di New York, Ng Thang Kheong, 60 tahun, diserang dengan kejam dengan tukul oleh penyerangnya, Arthur Martunovich.
Pembunuh Menderita Sakit Mental
Serangan tragis itu menyebabkan kematian Ng dan dua kakitangan restoran yang lain. Malangnya, perkembangan terbaru berkaitan dengan kejadian tersebut menunjukkan penyerang / pembunuh tidak dituduh melakukan pembunuhan tahap pertama, pembunuhan tahap kedua dan pembunuhan tahap kedua sebagai jenayah kebencian.
Seperti yang dilaporkan oleh News12, dia telah menerima rawatan kesihatan mental sejak dia ditangkap dan pada 5 Ogos 2021. Perbicaraan di mahkamah jenayah memutuskan bahawa Martunovich menderita keadaan kesihatan mental. Akibatnya, dia tidak akan disabitkan dengan pembunuhan, sebaliknya dia harus dipindahkan untuk menjalani perawatan.
Pada tahun 2019, Martunovich mengaku tidak bersalah, namun, berdasarkan video CCTV kejadian itu, dia sebenarnya boleh dihukum penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat.
Ahli Keluarga Tuntut Keadilan
Keputusan pengadilan telah membuatkan anggota keluarga mangsa untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan ini mendorong mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Peguam Daerah Brooklyn untuk melihat apa pilihan lain yang mereka ada.
Mereka berharap agar Matunovich dipenjarakan sebentar sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan. Semoga keadilan dapat dijatuhkan dan pelakunya dihukum atas kejahatannya.
Serangan yang berlaku kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan pada 15 Januari itu berlaku di restoran Seaport Buffet di Emmons Avenue, Sheepshead Bay ketika premis itu dipenuhi pelanggan.
Martunovich dilaporkan meluru masuk ke restoran tersebut dan mula memukul pekerja di kepala menggunakan tukul. Saluran NBC New York yang memetik sumber pihak penguat kuasa melaporkan Martunovich mensasarkan lelaki berbangsa Cina selepas dipengaruhi filem China yang menunjukkan lelaki warga itu melayan wanita secara kasar.
Saluran Abc7NY melaporkan Martunovich sebelum ini pernah disiasat berkaitan kes serangan pada 2016, tetapi tidak pernah didakwa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.