Baru-baru ini kecoh di halaman Twitter apabila terdapat satu ciapan dari pengguna Twitter mengenai jenama dUCK telah membuat laporan supaya pihak Shopee menurunkan ‘posting’ tudung Shera Lee yang didakwa meniru jenama dUCK. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna Twitter.
https://twitter.com/zulaikhazubir_/status/1441289774212419588
Vivy Tampil Beri Penjelasan
Menurut perkongsian di Instagram Vivy, dia menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang laporan yang menyebabkan ‘posting’ tudung tersebut diturunkan.
Kami ingin mengesahkan bahawa pihak kami tidak ada membuat sebarang laporan sedemikian.
Menghubungi Shopee Dan Penjual
Vivy juga turut menyatakan bahawa pihaknya akan menghubungi Shopee untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Dalam pada itu, mereka juga telah menghubungi penjual yang berkenaan untuk menjelaskan bahawa dUCK tidak membuat laporan terhadap jenama tersebut.
Pasukan undang-undang kami akan menghubungi Shopee untuk mendapatkan penjelasan. Kami juga menghubungi penjual yang berkenaan untuk menjelaskan bahawa kami tidak membuat laporan terhadap jenama mereka.
Berharap Perkara Sama Tidak Berulang
Vivy berharap pada masa akan datang perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia telah menimbulkan kesulitan yang tidak perlu bagi semua pihak yang terlibat. Baginya, ekosistem fesyen di Malaysia cukup besar untuk kepelbagaian penjual dan produk.
Dikatakan masalah ini telah selesai apabila jenama Shera Lee telah kembali beroperasi seperti biasa di Shopee.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.