Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Melebihi Jangkaan! Filem Shang-Chi Jauh Lebih Hebat Dari Black Widow

Kami ingin tonton filem ini sekali lagi!

by Khai Azfar
October 1, 2021
Share on Facebook

Negara-negara lain terlebih dahulu telah menonton filem terbaharu Marvel, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Bagi Malaysia pula, filem tersebut baru sahaja ditayangkan semalam (30 September 2021) di kebanyakan pawagam tanah air.

Bersikap Skeptikal Usai Menonton Trailer 

Meskipun, tertirisnya rakaman secara tidak sah tersebar di pautan Internet, namun buat peminat setia Marvel dan mereka yang teruja menantikan filem adiwira Asia pertama Marvel ini setia menanti tayangannya di pawagam. Begitu juga dengan kami yang berkesempatan menonton Shang-Chi di pawagam biarpun jari ini seakan ‘gatal’ untuk membuat carian secara haram bagi menontonnya secara ‘haram’.

Bukan ingin bersikap skeptikal, namun kami enggan menaruh harapan yang tinggi buat Shang-Chi. Jujur kami katakan disaat menonton trailer nya, perasaan teruja itu tidak seperti filem Marvel lain. Malah, trailer filem Eternals lebih membuatkan kami teruja untuk menontonnya berbanding Shang-Chi.

Itu adalah tanggapan pertama dan izinkan kami untuk ‘menarik’ nya semula kerana setelah menonton filem ternyata ia melebihi jangkaan! Tidak keterlaluan jika kami katakan filem Shang-Chi jauh lebih hebat daripada Black Widow yang baru sahaja ditayangkan beberapa bulan yang lalu.

Padat Dengan Aksi Hebat 

Ini kerana Shang-Chi terlalu padat dengan aksi-aksi hebat di saat permulaan hingga ke penghujungnya. Berbanding Black Widow yang diharapkan akan mempunyai babak aksi yang penuh kerana umum mengetahui watak ini terkenal kelebihannya sebagai seorang ejen yang mempunyai kemahiran mempertahankan diri namun kisahnya lebih kepada ‘biografi’, Shang-Chi seakan menutup semula kelemahan Marvel dalam filem tersebut.

Pujian juga harus diberikan buat Marvel yang menggunakan pelakon dengan wajah ‘typical Asian’ sebagai watak utamanya, Simu Liu sebagai Shawn atau Shang-Chi. Berbanding beberapa filem adiwira Asia terbitan produksi lain, ada diantaranya lebih gemar menggunakan wajah Pan-Asian sekaligus menghilangkan ‘originality’ sesebuah karya.

Meskipun Shang-Chi merupakan pengenalan terbaru dalam keluarga Marvel bagi edisi filem, namun jalan ceritanya cukup menarik bagi menceritakan sejarah ‘Ten-Ring’ tersebut dan sama sekali tidak meleret. Pujian juga wajar diberikan buat pelakon-pelakon pembantu yang lain seperti lakonan Tony Leung, Awkwafina dan Tan Sri Michelle Yeoh yang tampil hebat dengan karakter masing-masing.

Spoiler Alert! 

Sebagai penutup, izinkan kami memberi sedikit ‘spoiler’ dimana akan ada tiga watar Marvel yang lain bakal muncul sebagai ‘cameo’ dalam Shang-Chi. Pastikan juga anda tunggu sehingga pengakhiran filem ini kerana terdapat dua post-credit menanti!

Rating Review Murai : 9/10

Youtube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
review filem shang-chiShang-Chi and the Legend of the Ten Rings
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara