Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Aktres Park Shin Hye Hamil, Bakal Berkahwin Bersama Kekasih Januari 2022 Nanti!

Pelakon jelita ini umum dalam kelab peminat bakal berkahwin awal tahun depan

by Puteri Alia
November 23, 2021
Foto - Instagram @ssinz7/@actorctj

Foto - Instagram @ssinz7/@actorctj

Share on Facebook

Di Korea kini tular dengan berita mengenai aktres jelita Park Shin Hye, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati aktor Choi Tae Joon.

Kongsi Berita Berita Gembira Bersama Peminat

Menurut media Korea Allkpop, berita ini tersebar dari kelab peminat aktres jelita ini sendiri di mana, Park Shin Hye membuat pengumuman secara rasmi menerusi kafe kelab peminatnya pagi tadi dengan menulis luahan yang cukup bermakna.

“Hai, ini Park Shin Hye.

Cuaca agak sejuk kebelakangan ini. Saya tertanya adakah anda menjaga diri anda.

Ingat kembali, kontrak pertama yang saya tandatangani dengan agensi pertama pada 20 tahun lalu. Saya baru darjah 6, dan masa saya di tahun kedua sekolah rendah, saya mulakan kerjaya sebagai aktres. 18 tahun telah berlalu semenjak itu. Masa berjalan begitu pantas.

Ramai sangat orang bersama saya melalui zaman remaja, dan terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan anda semua. Saya menjadi seorang aktress yang banyak menunjukan sisi saya menerusi pelbagai rangkaian projek.

Ada masa bila saya gembira di depan kamera, tapi ada juga masa saya struggle. Peminatlah yang beri saya kekuatan dan keberanian. Dengan sepatah dua ayat dari anda, beritahu saya untuk jadi kuat sudah cukup untuk buat saya bangkit kembali.

Disebabkan itu saya sangat gementar untuk maklumkan berita ini hari ini kepada anda, dan dalam masa sama saya risau anda semua akan terkejut sangat. Tapi saya ingin anda semua menjadi yang pertama dapat tahu walau apa pun.

Saya bakal berkahwin dengan seorang yang saya sedang bersama sekarang ini. Dia dah lama jadi tulang belakang sokongan saya, dan dia terima orang yang dikenali sebagai Park Shin Hye dengan segala kekurangan kualiti dan saya merancang untuk mulakan hidup sebagai pasangan dalam perkahwinan.

Tambahan lagi, walaupun saya ragu-ragu untuk bincangkan hal ini kerana masih di peringkat awal, kami mula bersedia untuk perkahwinan kami, kehidupan baru yang sangat berharga datang kepada kami.

Saya ingin beritahu anda semua sangat-sangat. Saya janji akan tunjukan anda sisi baik saya walaupun selepas saya telah miliki keluarga saya sendiri.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada anda semua kerana menyayangi saya dan menyokong saya walaupun saya miliki kekurangan dalam banyak perkara.

Tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk kembali sebagai aktres secepat mungkin tanpa membuat anda semua menunggu lama.

Sehingga nanti, tolong jaga kesihatan dan saya ucap selamat tinggal buat masa sekarang.” Tulisnya

22 Januari 2022 Tarikh Pilihan

Agensi aktres jelita ini iaitu Salt Entertainment memaklumkan pasangan sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup pada 22 Januari 2022 nanti.

[VIDEO] "Doakan Yang Baik-Baik" - Pengurus Tidak Nafikan Hubungan Fattah & Amira

Tahniah buat Park Shin Hye dan Choi Tae Joon bakal jadi ibu dan ayah tidak lama lagi, mesti comel anak mereka berdua!

Choi Tae JoonkahwinPark Shin Hye
https://lomp.at/9sfpy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Foto - @vast.ent (IG)
Korea

Dari Filem Ke Dunia Sebenar, Hyun Bin Dilantik Sebagai Ejen Balas Perisikan Korea Selatan

by Nurul A.
April 16, 2026

Agensi perisikan utama Korea Selatan telah melantik pelakon Hyun Bin sebagai ejen balas perisikan kehormat. Pelantikan itu merupakan satu gelaran...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Foto - @sooyaaa__ (IG)
Korea

Putus Hubungan, BLACKPINK Jisoo Gesa Keluarkan Nama Abang Dari Kredit Drama Terbarunya

by Nurul A.
April 25, 2026

Nama ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo sekali lagi menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat. Kali ini bukan tentang muzik...

Read moreDetails
Foto - @katseyeworld (IG) / @meretmanon (IG)
Korea

Manon Beri Penjelasan Selepas Peminat Panik Nama ‘KATSEYE’ Dipadam Dari Bio IG

by Nurul A.
April 3, 2026

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon Bannerman menjadi topik perbualan ramai sekali lagi selepas memadam nama kumpulannya daripada akaun Instagram peribadinya. Tindakan ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara