Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Tips Mudah Memilih Wangian Yang Sesuai Dengan Anda. Sudah Tahu?

by Jash Lee
January 2, 2021
Share on Facebook

Pemakaian minyak wangi memang tidak dapat dipisahkan lagi dari aktiviti seharian kita. Selain dari dapat meningkatkan lagi keyakinan diri, penggunaan minyak wangi juga dapat menyamarkan bau yang tidak menyenangkan yang sebenarnya berpunca dari tubuh badan kita sendiri.

Namun, ramai juga sebenarnya yang masih menghadapi masalah untuk mencari wangian yang lebih tepat dan sesuai dengan kita. Jika salah membuat pilihan, wangian tersebut tentu saja dapat merosakkan mood seharian kita.

Berikut adalah beberapa tips yang mudah yang boleh anda jadikan rujukan untuk membuat pilihan wangian yang lebih tepat. Let’s check this out!

Pilih Sendiri Wangian Yang Anda Suka

via pinterest

Tips pertama yang paling tepat adalah anda memilih sendiri wangian yang sesuai dengan selera anda. Anda boleh memilih minyak wangi dengan aroma yang anda suka. Oleh itu, anda juga pasti tidak akan menyesal dan lebih baik untuk anda elakkan dari membeli minyak wangi secara dalam talian. Namun, sekiranya anda terpaksa membeli juga secara dalam talian, pastikan anda mengkaji terlebih dahulu ulasan dari pembeli-pembeli lain sebelumnya.

Sesuaikan Dengan Bau Badan

via pinterest

Kadang-kadang bau minyak wangi yang dipakai oleh orang lain tidak semestinya sesuai juga pada tubuh kita. Itulah sebabnya penting untuk anda memilih wangian yang sesuai dengan aroma dari badan kita sendiri.

Cuba semburkan wangian ke udara terlebih dahulu atau gunakan blotter strips. Kemudian barulah anda semburkan pada kulit sehingga anda dapat membuat pilihan yang tepat setelah minyak wangi bersatu dengan aroma tubuh anda sendiri.

Pilih Wangian Yang Lebih Neutral

via vniscientific.com

Terdapat beratus-ratus jenis minyak wangi di dunia ini. Tetapi dari banyak-banyak haruman wangian ini, adalah idea yang lebih baik untuk memilih haruman dari jenis yang neutral. Contoh aroma neutral adalah seperti aroma buah-buahan yang segar, aroma bunga-bungaan ataupun lautan. Elakkan dari memilih minyak wangi jenis smoky, oud atau jenis herba (rempah).

Ketahui Jenis Minyak Wangi Yang Akan Dibeli

via santaisini.com

Tips seterusnya agar anda tidak membeli wangian yang salah, anda mestilah tahu akan pelbagai jenis haruman. Biasanya terdapat lima jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran. Bermula dari body mist hingga extrait de parfume. Setiap variasi mempunyai tahap ketahanan yang berbeza-beza.

Body mist hanya tahan antara 1 hingga 2 jam, eu de cologne akan tahan antara 3 ke 4 jam, eau de toilette pula akan tahan selama 4 ke 6 jam, eau de parfume akan tahan sekitar 6 hingga 8 jam dan yang terakhir adalah extrait de parfume yang tahan lebih lama iaitu sekitar 8 hingga 12 jam.

Perhatikan Jenis Kulit Anda

via wanita22.com

Untuk tips yang terakhir adalah siapa sangka bahawa jenis kulit badan kita juga mempengaruhi pilihan minyak wangi. Anda tahu bukan? Sekiranya anda mempunyai kulit jenis kering, anda harus bijak dalam memilih minyak wangi kerana minyak wangi tidak dapat bertahan lebih lama pada kulit jenis ini. Tidak seperti kulit jenis berminyak, minyak wangi akan kekal pada kulit untuk masa yang lebih lama walaupun anda hanya menyemburkan sedikit sahaja minyak wangi.

Untuk itu, minyak wangi yang telah anda pilih tentunya sesuai dengan jenis kulit anda sehinggakan apabila anda memakainya, haruman dari minyak wangi tersebut akan kekal harum dengan lebih lama.

Dari tips yang kami senaraikan di atas, bolehlah menjadi panduan kepada anda agar minyak wangi yang anda inginkan berbau harum seperti yang diharapkan. Sayang bukan, jika anda membeli minyak wangi tetapi baunya tidak sesuai dan harumannya tidak tahan lama.

perfume wangian perfumelelaki perfumewanita kesesuaian
https://lomp.at/pxdbb
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara