Kes undang-undang yang melibatkan bekas ahli kumpulan BIGBANG ini masih berjalan. Seungri atau nama penuhnya Lee Seung Hyun kini didakwa dengan tuduhan baru yang berkaitan dengan keganasan setelah sebelum ini menafikan tuduhan menyediakan perkhidmatan pelacuran.

Dipetik dari laman AllKpop, pada hari ini Seungri menghadiri perbicaraan ketujuh di Mahkamah Tentera kerana sedang menjalani latihan ketenteraannya.

Semasa perbicaraan, bekas artis YG Entertainment sekali lagi didakwa dengan tuduhan jenayah baru iaitu keganasan yang melibatkan sekumpulan samseng. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

IKLAN

Seungri Melakukan Kekerasan

Sebelum memulakan sesi perbicaraan, Mahkamah Tentera Operasi Darat Yongin mendedahkan bahawa Seungri dan  bekas rakan kerjanya iaitu Yoo In Suk menghadapi tuduhan baru yang berkaitan dengan keganasan.

Menurut penemuan baru pihak pendakwa, Seungri bertengkar dengan pelanggan di sebuah kelab malam pada 30 Disember 2015. Kejadian ini berlaku ketika pelanggan menyusup ke bilik peribadi tempat Seungri sedang minum.

Selama tempoh penyiasatan, seorang demi seorang pelanggan mulai tiba dan mengaku bahawa mereka juga turut terlibat dengan Seungri. Dan pada ketika itu, Seungri telah memberitahu Yoo In Suk mengenai kejadian ini melalui chat group di KakaoTalk.

Kemudian, pendakwa mengesan bahawa Yoo In Suk memanggil sekumpulan samseng dan setelah mereka tiba di tempat kejadian, mereka bersekongkol untuk melawan, mengugut, dan berusaha untuk mengambil telefon bimbit mereka.

Pihak Seungri Membantah Tuduhan

Berdasarkan laporan yang dipetik dari laman AllKpop pada hari ini, pendakwa raya menyatakan bahawa Seungri bekerjasama dengan Yoo In Suk untuk mengancam mangsa (pelanggan di kelab malam).

“Defendan Lee Seung Hyun (Seungri) bekerjasama dengan Yoo In Suk dan mengancam mangsa, mengambil bahagian dalam paksaan awam. Akibatnya, dia harus didakwa sebagai pelaku keganasan.”- Kata Pendakwa

Namun, pihak Seungri telah menolak tuduhan keganasan yang melibatkan kumpulan samseng itu dan bersedia untuk menyediakan bukti pada perbicaraan berikutnya untuk mengesahkan bantahan mereka. Dengan penambahan tuduhan baru ini, Seungri menghadapi 8 tuduhan jenayah yang diadili.

Mengaku 1 Daripada 8 Pertuduhan

Seungri telah diadili untuk semua tuduhannya. Namun dari lapan pertuduhan, Seungri hanya mengaku satu pertuduhan sahaja iaitu pelanggaran Undang-Undang Transaksi Pertukaran Asing.

Seungri didakwa dengan 8 pertuduhan termasuklah menggelapkan dana, pelanggaran langkah-langkah sanitasi makanan, dan juga jenayah keganasan seksual seperti kamera tersembunyi.

IKLAN