Setiap orang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan, begitu juga dengan bintang-bintang K-Pop ini. Mereka pernah menyepikan diri sebentar dari industri hiburan untuk mencari penyelesaian bagi masalah kesihatan yang mereka hadapi. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut siapakah bintang K-Pop yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!
Kim Woo Bin – Nasopharyngeal Carcinoma
Kim Woo Bin mencapai kejayaan yang besar pada pertengahan tahun 2012 dengan pelbagai drama seperti School 2013, The Heirs, dan Uncontrollably Fond. Sewaktu agensinya mengumumkan bahawa beliau telah didiagnosis nasopharyngeal carcinoma atau kanser nasopharyngeal pada tahun 2017 benar-benar mengejutkan peminat. Dan pada waktu itu juga, beliau sedang menjalani penggambaran untuk filem Wiretap, pihak syarikat dan pengarah bersetuju untuk menangguhkan produksi terlebih dahulu dan menunggu sehingga beliau pulih.
Setelah beliau berehat dan menjalani chemotherapy selama dua setengah tahun, Kim Woo Bin melakukan comeback sebagai penyampai pada 40th Blue Dragon Film Awards pada November 2019. Sewaktu acara itu juga, beliau turut berkongsi betapa bersyukurnya beliau terhadap sokongan peminat dan teman wanitanya yang juga pelakon iaitu Shin Min-a.
Uhm Jung Hwa – Kanser Thyroid
Uhm Jung Hwa yang pernah menjalani pembedahan kanser tyroid pada tahun 2010. Beliau yang muncul dalam Yoo Hee Yeol’s Sketchbook pada Januari 2017 menceritakan pengalaman sukarnya dan bagaimana beliau mengatasi penyakit tersebut.
“Ianya kanser thyroid. Saya perlu menjalani pembedahan, tetapi..ianya merosakkan saraf saya. Sebenarnya saya tidak bercakap mengenai hal ini sebelum saya menghasilkan album (The Cloud Dream of the Nine). Saya fikir mungkin ada masalah jika saya mendedahkan bahawa saya telah menyakitkan tekak saya, jadi saya menahannya sendiri. Sebahagian daripada pita suara saya menjadi lumpuh dan saya tidak dapat bercakap selama lapan bulan.”- Uhm Jung Hwa
Perjuangannya turut memberi kesan kepada kesihatan mentalnya juga. Beliau mengatakan bahawa beliau hampir merasakan bahawa ia adalah pengakhiran hidupnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa. Selain penampilannya dalam Yoo Hee Yeol’s Sketchbook, beliau turut menyertai dalam pelbagai rancangan lain, termasuklah Hangout with Yoo.
Hyuna Dan Yoon Ji Sung (Wanna One) – Panic Disorders And Depressions
Dalam industri yang penuh dengan tekanan, tidak hairanlah jika bintang K-Pop ini melalui masalah kesihatan mental mereka. Hyuna dan ketua kumpulan Wanna One iaitu Yoon Ji Sung secara terbuka menceritakan pengalaman mereka dengan panic disorders, depression, dan masalah lain.
Pada November 2019, Hyuna mendedahkan bahawa beliau berhadapan dengan depression, panic disorder, dan vasovagal syncope adalah keadaan yang mana seseorang akan pengsan setelah mengalami triggers tertentu, seperti sight of blood atau emosi yang meningkat.
Sewaktu tampil di Radio Star, beliau menceritakan bagaimana beliau memutuskan untuk menghadapi penyakit mentalnya daripada melarikan diri, bahkan turut menjelaskan beberapa rawatan yag beliau lalui.
Yoon Ji Sung juga mengalami panic disorder dan depression. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau tidak dapat bernafas sebelum tampil dalam rancangan uji bakat Produce 101 setelah membaca komen haters terhadap beliau.
Choi Sung Won – Acute Leukemia
Choi Sung Won yang pernah membintangi banyak K-Drama terkenal termasuklah Prison Playbook dan Gangnam Beauty didiagnosis acute Leukemia pada 2016. Berita tersebut muncul setelah beliau menarik perhatian sebagai Sung No Eul dalam Reply 1988 pada 2015. Hal ini menyebabkan beliau memutuskan untuk berehat sebentar untuk fokus pada pemulihannya.
“Saya bahkan takut untuk bangun pagi dan begitu cemas untuk untuk mengatasi penyakit ini” – Choi Sung Won
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.