Drama Korea bersejarah atau sageuk sentiasa menjadi kegemaran ramai. Untuk mendapatkan visualisasi suasana kerajaan yang sempurna, pasukan produksi sanggup menghabiskan wang yang banyak sehingga jutaan ringgit. Berikut adalah 8 drama bersejarah Korea yang menelan kos produksi paling tinggi. Stay tune guys!
Immortal Admiral Yi Sun Shin (2004)
Drama bersejarah Immortal Admiral Yi Sun Shin ini ditayangkan pada tahun 2004 yang mempunyai 104 episod. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon veteran seperti Kim Myng Min, Choi Jae Sung, Lee Jae Ryong, dan banyak lagi.
KBS telah melaburkan sebanyak 26 bilion won atau RM94,406,901.84 dan setiap episod menelan perbelanjaan sebanyak 516 juta won atau RM1,873,613,897.98. Drama Immortal Admiral Yi Sun Shin ini memaparkan pelbagai adegan epik yang harus anda tonton.
The Story Of The First King’s Four Gods (2007)
Drama The Story Of The First King’s Four Gods atau Legend adalah antara drama yang sangat popular pada ketika itu. Dibintangi oleh bintang seperti Bae Yong Joon, Lee Ji Ah, dan Moon So Ri, drama ini juga menelan kos produksi yang sangat tinggi.
Drama yang memilik 24 episod ini, bayaran untuk pelakon utama sahaja telah menelan perbelanjaan sebanyak 250 juta won (RM907,636.18). Selain itu, kos produksi menjadi lebih mahal kerana menggunakan rangkaian special effects. Kos produksi drama The Story Of The First King’s Four Gods dianggarkan berjumlah 43 bilion won (RM156,101,911).
The King Dae Joyoung (2007)
Drama seterusnya adalah drama The King Dae Joyoung, yang dibintangi oleh Choi Soo Jong dan Hong Soo Hyun. Drama yang mempunyai 134 episod ini menelan kos perbelanjaan yang dianggarkan bernilai 30 bilion won (RM108,815,152.50).
Saimdang, Light’s Diary (2017)
Bagi pecinta K-Drama, sudah pasti sudah menhgetahui populariti Saimdang, Light’s Diary yang popular sewaktu ia ditayangkan pada tahun 2017. Drama ini juga menjadi comeback untuk aktres veteran setelah berehat selama 14 tahun dari lakonan.
Drama yang mengisahkan seorang kaligrafi yang tinggal pada Dinasti Joseon, drama ini memerlukan masa berulang-ulang seperti time travel. Drama yang menjalankan penggambaran di Itali ini menelan perbelanjaan sebanyak 20 juta won (RM72,405,957.88).
Six Flying Dragons (2016)
Drama ini bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menarik, malah menampilkan barisan aktor dan aktres terkenal seperti Yoo Ah In, Kim Myung Min, Shin Se Kyung, Byun Yo Han, dan Yoon Kyun Sang.
Untuk performance Yoo Ah In sahaja, pasukan produksi harus membayar sebanyak 70 milion won. Drama ini juga menelan perbelanjaan yang dianggarkan mencecah 30 bilion won.
Mr. Sunshine (2018)
Drama yang menggandingkan Lee Byung Hun dengan Kim Tae Ri ini diketahui menggunakan special effects pada skala pengeluaran yang tinggi kerana menggabungkan suasana bersejarah dan moden.Pasukan produksi dikatakan telah menghabiskan lebih dari 1,5 juta won untuk setiap episod dan menelan jumlah perbelanjaan bernilai 30 juta won.
My Country: The New Age (2019)
My Country: The New Age adalah drama sageuk terbaru TBC yang ditayangkan pada tahun 2019. Drama yang berada pada Dinasti Goryeo dan permulaan Dinasti Joseon, drama ini dibintangi oleh Woo Do Hwan, Yang Se Jong, Jang Hyuk, dan Seolhyun AOA. Drama ini juga menelan perbelanjaan yang dianggarkan lebih dari 20 bilion won.
Kingdom Musim 1 Dan Musim 2 (2019-2020)
Siri Netflix iaitu Kingdom yang telah dihasilkan menjadi dua musim, telah menjadi kegemaran peminatnya yang tersendiri. Drama yang mempunyai banyak zombie ini telah menelan kos produksi yang sangat banyak. Diketahui bahawa setiap episod siri ini bernilai sekitar 2-3 juta won. Kedua-dua musim siri yang mempunyai 6 episod ini menelan perbelanjaan dianggarkan bernilai 35 juta won.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.