Momen manis Neelofa mendengar dan menatap wajah suami tercinta Haris Ismail, membaca terjemahan Al-Quran itu membuatkan pasangan sama padan ini dicemburui ramai.
Video yang dikongsikan usahawan selebriti ini di Instagram nya, mencuri perhatian ramai rakan industri dan juga para peminatnya di media sosial.
“Satu perkongsian yang barangkali boleh diterjemahkan sebagai pengerat kasih sayang untuk kita semua, insya-Allah.” Tulisnya
Artis Dan Peminat Cair Lihat Momen Neelofa Bersama Suami
Video yang dikongsikan usahawan selebriti terkenal ini, membuatkan ramai rakan industri dan peminat tersentuh hati melihat hubungan pasangan bahagia ini.
“Rasa bahagia tengok macam ni”
“MasyaAllah. Moga Allah lindungi keduanya #luvtillJannah”
“Subhanallah sungguh luar biasa pasangan ini. Lindungilah mereka”
“Erm ada vibes macam hindustan tapi saya approve”
“Cemburunya… Best je tengok dia orang belajar sama” komen mereka
“Cuma nak kata, mereka sempurna antara satu sama lain kan..”
“Neelofa comelnya”
“Terharunya moga Allah permudahkan Lofa nanti, bahagia ke syurga”
“oh so sweet, Alhamdulillah”
“MasyaAllah moga Allah rahmati kamu berdua bakal ibu dan ayah yang hebat” komen mereka lagi
Memang bersemut betul!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.