Pengacara, Iesya Toh berkongsi video penjelasan dari pakar vaksin dan saintis Dr. Robert W. Malone mengenai isu kebenaran suntikan vaksin kepada kanak-kanak di akaun Instagram nya.
Penjelasan Dr. Malone tentang suntikan vaksin ke atas kanak-kanak sangat mengejutkan, kerana banyak faktor dan risiko boleh menyebabkan organ dalaman kanak-kanak rosak buat selama-lamanya jika disuntik dengan vaksin Covid-19.
https://www.instagram.com/p/CYh9lgbIINy/
Pengacara Dan Ibu Bapa Bersatu Tolak Vaksin Pada Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun
Mendengar penjelasan dari saintis terkenal dunia ini membuatkan pengacara berkongsi pandangannya tentang isu membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mengambil suntikan vaksin di Instagram nya.
“Hari ni ramai parents dah hantar anak-anak ke school.. Termasuk Sya..
Doa kita mengiringi mereka. Semoga terang hati mereka untuk menimba ilmu yang berguna di masa depan.
Siapa tak sayang anak? Kita nak anak-anak membesar dengan sihat. Allah dah bagi mereka yang terbaik. Kenapa kita nak serahkan anak-anak pada KEROSAKAN organ dalaman?
Dengan dan faham kan. Kenapa kami TOLAK VAKSIN COVID19 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.
@khairykj @dg_hisham @kementeriankesihatanmalaysia” Tulisnya
Melihat perkongsian Iesya di Instagram, ramai golongan ibu bapa berkongsi pandangan yang sama dan memberi komen bahawa mereka juga menolak suntikan vaksin ke atas kanak-kanak bawah 12 tahun diruangan posting tersebut.
“Saya juga tolak vaksin untuk anak bawah 12 tahun”
“Anak-anak saya 6 dan 11.. Tapi saya ragu-ragu nak bagi consent.. Jangan cakap saya anti vaksin sebab saya fully vaksin dengan booster k.. KKM kena buat sesuatu untuk yakinkan lagi parents seperti kami. Educate us instead of threating us. By the way saya cadangkan anak-anak menteri cucuk dulu.. Tapi jangan cucuk olok-olok pula..”
“This Dr. Malone is a legend !!! Dan dia memang bercakap yang benar 100% 100% 100% @iesyatoh2”
“Kami tolak vaksin untuk kanak-kanak 12 tahun… Yang mana nak vaksin anak-anak mereka silakan.. Tapi saya takkan bagi” komen mereka
Apa pandangan anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.