Our Beloved Summer ialah salah satu drama Korea (drakor) terbaru terbitan stesen TV SBS. Drama ini yang berkonsepkan komedi romantik dan mengisahkan tentang pasangan kekasih Choi Ung (Choi Woo Shik) dan Yeon Su (Kim Da Mi), di mana mereka bertemu kembali setelah 10 tahun berpisah.
Kisah mereka berdua dalam drama Our Beloved Summer tentunya akan membuatkan ramai penonton merasa keliru perlu berada di pihak yang mana. Selain itu, drama ini juga menjadi semakin mengujakan dengan penambahan watak teman sadboy (Ji Woong) dan sadgirl (NJ).
Ada pengajaran disebalik drama ini iaitu tiga perkara yang perlu anda elakkan jika anda tidak mahu hubungan percintaan anda berakhir dengan perpisahan. Jom kita tengok!
1. Tidak Bersikap Terbuka Dengan Pasangan
Dalam drama Our Beloved Summer, kita boleh belajar dari babak di mana Yeon Su mendapat mesej mengenai keadaan kewangannya yang dia sembunyikan dari pengetahuan teman lelakinya, Choi Ung. Watak Yeon Su sememangnya digambarkan sebagai seorang yang tidak suka berkongsi kesedihannya dengan orang lain.
Tindakan Yeon Su sememangnya tidak patut untuk dicontohi. dalam perhubungan, sama ada perkara yang gembira atau sedih, anda sepatutnya berkongsi atau bercerita dengan pasangan agar pasangan anda tahu dan faham keadaan sebenar yang sedang berlaku agar tidak menimbulkan salah faham.
2. Kurang Berkomunikasi
Cara perpisahan Yeon Su dan Choi Ung sama seperti pasangan yang lain. Sikap Yeon Su yang tidak suka berterus terang membuatkan Choi Ung tidak tahu punca sebenar perpisahan mereka. Justeru, daripada perkara tersebut, telah mengakibatkan mereka berdua berpisah namun tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Dalam perhubungan, perkara seperti itu tidak harus berlaku. Perlu ada komunikasi dan toleransi dalam jua hal sama ada mengenai hal kewangan, psikologi atau perkara peribadi yang lain. Anda perlu berkongsi antara satu sama lain bagi mewujudkan komunikasi yang baik dan saling faham memahami antara satu sama lain.
3. Lebih Mementingkan Ego Masing-Masing
Jika anda adalah salah seorang penonton yang menonton drama Our Beloved Summer, anda pasti bersetuju bahawa Yeon Su dan Choi Ung mempunyai ego yang sama tinggi. Apabila Yeon Su memutuskan untuk berpisah dengan Choi Ung, dia hanya memikirkan tentang dirinya, tanpa memikirkan perasaan Choi Ung. Sama seperti Choi Ung, dia juga hanya memikirkan tentang dirinya sendiri, dimana dia sebenarnya sakit hati kerana tidak mengetahui punca sebenar mereka berpisah namun tetap bersetuju untuk berpisah.
Mereka berdua juga mempunyai perasaan cemburu yang sangat kuat dimana apabila Choi Ung bersama NJ, Yeon Su cemburu. Begitu juga dengan Choi Ung, dia cemburu apabila mengetahui Yeon Su bersama Ji Woong. Kedua-duanya mempunyai ego dan prestij masing-masing.
Jangan ditiru sikap ego sebegini jika anda tidak mahu hubungan percintaan anda berakhir begitu sahaja. Dalam perhubungan, anda harus merendahkan sikap ego dan martabat serta cuba memahami keadaan dan situasi yang sedang berlaku dalam perhubungan.
Itulah antara tiga perkara yang harus anda elakkan dan pelajari dari drama korea Our Beloved Summer. Ingat bahawa dalam setiap perhubungan anda harus ada sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain, bersikap lebih terbuka dengan pasangan, berkomunikasi dengan pasangan serta berkongsi apa jua masalah dan yang paling penting buang sikap ego agar hubungan percintaan kalian lebih utuh dan kekal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.