Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Diva AA & Issey ‘Panaskan’ Pentas MIC ON! Untuk Musim Kedua

MIC ON! musim kedua akan mula bersiaran pada 28 Januari 2022,

by Khai Azfar
January 21, 2022
Share on Facebook

Merancakkan lagi industri hiburan tanah air dan susulan dari kejayaannya di musim pertama, stesen penyiaran swasta milik Awesome Media Network Berhad, Awesome TV, membawakan kembali program pertandingan realiti nyanyian, MIC ON! untuk musim yang kedua.

Selebriti Popular Dipilih Sebagai Pengurus,Juri & Hos

Bagi musim kali ini, tiga pelawak popular negara, Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus kepada 15 peserta yang akan bertanding bagi merebut gelaran Juara seterusnya membawa pulang wang kemenangan yang bakal dihebahkan semasa episod 1.

Selain itu, MIC ON! akan menampilkan tiga nama tersohor dalam bidang seni tanah air terdiri daripada Legenda Rock; Dato’ Awie dan Dato’ Hattan serta Ratu Dangdut, Mas Idayu.
Dalam pada itu, musim ini turut mengalu-alukan kehadiran figura sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA selaku pengacara mengemudi bersama Issey Fazlisham.

Bermula 28 Januari 2022

MIC ON! musim kedua akan mula bersiaran pada 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (MyTV). Untuk info, MIC ON! adalah sebuah program realiti yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi ini diterbitkan bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak muda tempatan agar boleh dijadikan barisan pelapis
dan mewarnai lanskap seni tanah air di masa hadapan.

Topik Berkaitan “Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir

Kesemua 15 peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang meletakkan kepercayaan sepenuhnya keatas ketiga-tiga pemain komedi ini untuk menjadi Pengurus dalam menguruskan sesi latihan nyanyian serta membimbing dan mempersiapkan mereka untuk persembahan mingguan.

Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan yang mana akan dibahagikan kepada tiga kategori. 40% peratus untuk vokal, 30% untuk kreativiti dan 30% peratus lagi untuk persembahan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diva AAIsseymic on
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara