Komposer,penerbit lagu dan salah seorang ahli kumpulan V.E, Damian mikhail tampil memberikan teguran terhadap seorang lelaki yang sebelum pernah menghina kematian allahyarhamah Adibah Noor yang telah meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat.
Lelaki Biadap Buat Permohonan Maaf Selepas Hina Arwah
Menerusi tangkap layar di Insta Stories, lelaki biadab yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan telah membuat permohonan maaf dan rasa kesal terhadap perbuatannya itu.
“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari.
Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal diatas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi di masa hadapan, InsyaAllah.”-Kata Netizen
“Lain Kali Nak Komen Pakai Otak Ye”
Tidak berdiam diri, Damian Mikhail memberikan teguran agar menggunakan akal dan fikiran sebelum memberikan sebarang komen dan menitipkan doa agar netizen itu benar-benar bertaubat di atas kesilapannya.
“Ok. Dia dah minta maaf. So saya akan turunkan post saya. Lain kali nak komen pakai otak ye. Mudah-mudahan betul-betul bertaubat dan dimaafkan Allah SWT dan keluarga arwah.”-Kata Damian
Sebelum ini, pernah tular komen biadap seorang netizen yang menghina kematian Allahyarhamah Adibah Noor dengan mempersoalkan arwah yang tidak menutup aurat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.