Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Jangan Komen Yang Memalukan Diri”- Idris Khan Balas Isu Dakwaan Langgar Kontrak Saat Akhir

Sementara itu, Idris juga dilihat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang telah memberikan komen yang tidak berasas

by Naddy Joe
June 27, 2022
195
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, nama pelakon kacak, Idris Khan menjadi perhatian selepas didakwa bersikap tidak profesional dengan menarik diri pada saat akhir bagi sebuah drama terbitan syarikat A.Aida Production (AAP).

Idris Khan menerusi sebuah hantaran di Instagram menyatakan bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan padanya adalah tuduhan yang tidak berasas dan fitnah.

“Beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam sidang media teater baru-baru ini adalah tidak berasas dan bersifat fitnah. Atas nasihat peguam yang mewakili saya. prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan.”-Kata Idris Khan

https://www.instagram.com/p/CfOqOUvJHfi/

“Jangan Komen Yang Memalukan Diri Sendiri”

Tambahnya lagi, Idris turut memberikan teguran terhadap netizen yang hanya mendengar cerita di sebelah pihak dan tidak mengetahui keseluruhan cerita.

“Also satu lagi manusia di luar sana yang dengar cerita  sebelah pihak dan tidak tahu keseluruhan cerita. Tolong jangan komen yang memalukan diri sendiri.”-Tegur Idris

via Instagram Idris Khan

Tidak Teragak-Agak Untuk Menyaman Netizen Yang Beri Komen Tidak Berasas & Fitnah

Sementara itu, Idris juga dilihat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang telah memberikan komen yang tidak berasas dan bersifat fitnah terhadapnya.

“Tunggu penjelasan dari @ameliath. Atau kalau boleh nak saya boleh saman pakej yang komen tidak berasas dan bersifat fitnah ni. Your choice.”-Tegas Idris

Sekadar info, penerbit terkenal, Datuk A.Aida baru-baru ini telah memberitahu menerusi sidang media yang dimuatnaik di media sosial bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon iaitu Idris Khan dan Amelia Henderson yang didakwa telah melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan syarikatnya, A Aida Production, Sekali Lagi Cinta Kembali.

View this post on Instagram

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amelia HendersonDatuk A Aidaidris khan
https://lomp.at/5fj0y
Share78Tweet49SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem