Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Mesti Tahu! 5 Elemen Penting Untuk Mendapat Tidur Berkualiti

by Aphit J.
July 17, 2022
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidur yang lena sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kita, kerana ia berkait rapat dengan prestasi fizikal dan mental kita tatkala kita menjalankan aktiviti harian.

Secara umumnya, seseorang dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam tidur setiap malam dan berikut 5 elemen penting untuk mendapat tidur berkualiti.

Keselesaan Kunci Utama

via IKEA

Langkah pertama ke arah tidur lena ialah mencapai keselesaan optimum dengan tilam, bantal dan selimut yang betul.

Tilam yang sesuai akan menyokong belakang tubuh anda, yang terbukti bermanfaat terhadap kesihatan anda dalam jangka panjang!

Kekalkan Suhu Yang Sesuai

via IKEA

Faktor seterusnya yang wajar diberi perhatian ialah suhu bilik tidur anda. Tanyalah soalan-soalan ini kepada diri anda kerana ia dapat membantu mengenal pasti faktor yang mengganggu tidur anda.

Ingatlah untuk tetapkan penyaman udara atau kipas pada suhu yang sesuai, dan pastikan anda berasa selesa dengan memilih duvet atau selimut yang sesuai untuk anda! Kebanyakan kita tidur lebih lena dalam persekitaran yang lebih sejuk, manakala suhu optimum ialah antara 18 dan 20 darjah Celsius.

Jauhkan dari Lampu

via IKEA

Suasana lebih gelap ideal untuk tidur lena kerana ia mengurangkan gangguan di sekeliling anda. Jadi, anda boleh mempertimbangkan penyelesaian seperti lampu boleh malap, lampu meja atau bidai gelap untuk menghalang matahari pagi!

Namun, sebaik-baiknya anda memilih lampu yang berada dalam jangkauan tangan, kerana mengurangkan pergerakan sebelum anda tidur akan membantu anda lelap lebih mudah.

Elak Bising

via IKEA

Bunyi bising akan menjejaskan kualiti tidur kerana ia merangsang otak kita. Menurut kajian , walaupun ketika kita sedang tidur, minda kita sedar sepenuhnya akan bunyi bising.

Jadi, semakin senyap bilik anda, semakin baik kualiti tidur anda. Penyelesaian mudah seperti penyerap bunyi, dapat membantu mengurangkan bunyi bising, khususnya jika anda jenis orang yang tidur-tidur ayam!

Tingkatkan Kualiti Udara

via IKEA

Kualiti udara yang tidak sihat di rumah mampu menjejaskan kualiti tidur kita. Ceriakan bilik tidur anda dengan tumbuh-tumbuhan hidup, yang bukan sahaja dapat menapis udara dalam bilik anda, malah berfungsi sebagai hiasan!

Pastikan bilik tidur anda diudarakan dengan secukupnya sekali seminggu untuk menjamin pengudaraan yang baik!

Bermula dari sekarang hingga 10 Ogos 2022, semua gedung IKEA akan mempamerkan pelbagai penyelesaian tidur yang dapat membantu anda menikmati tidur malam yang baik. Tambahan pula, pelanggan juga dapat mempelajari cara terbaik untuk mencapai tidur yang lena menerusi satu siri lima video di Festival Tidur IKEA.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Ikea
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Kalau Dapat Suami Kaki Merajuk, Kamu Boleh Buat Begini…
Uncategorized

Kalau Dapat Suami Kaki Merajuk, Kamu Boleh Buat Begini…

by Soph Azz
December 20, 2022
“Macam Ada Anjing”- Rumah Maryam Di Korea Jadi Bualan Netizen
Lokal

“Macam Ada Anjing”- Rumah Maryam Di Korea Jadi Bualan Netizen

by Haz Haan
December 20, 2022
KKM Saran Teruskan Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup?
Kesihatan

KKM Saran Teruskan Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup?

by Haz Haan
November 1, 2022
‘Main Bedak?”- Hun Haqeem Tampil Dengan Rambut Putih, Ramai Yang ‘Bahan’
Uncategorized

‘Main Bedak?”- Hun Haqeem Tampil Dengan Rambut Putih, Ramai Yang ‘Bahan’

by Nurin Sakinah
October 5, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    “Muka Klasik Je Masing-Masing”- Netizen Terpegun Lihat Foto Keluarga Que Haidar?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan