Perkongsian selebriti berkaitan anak semestinya sentiasa mencuri perhatian para peminat dengan pelbagai kerenah yang comel.
Video Anak Fazura Mencuit Hati
Terbaru, aktres jelita Nur Fazura berkongsi video anaknya Nur Fatima Aisya bersama bapanya duduk bersebelahan seakan mahu meluangkan masa hanya di antara mereka berdua.
Video mencuit hati itu dikongsi Fazura menerusi akaun TikTok miliknya buat tatapan umum.
“What are you doing with her yang?” tanya Fazura kepada Fattah Amin dalam video tersebut.
Selain itu, Fazura juga menulis kapsyen berbentuk gurauan mengatakan dia menangkap suaminya ketika bersama seorang ‘gadis lain’.
“The night I caught my husband with another girl,” tulisnya.
Respon Fattah?
Fattah hanya diam tersenyum dalam video tersebut dan Fazura kemudian mengusik Fatima.
“Hoi You! With my husband!,” selorohnya.
Tidak berdiam diri, anak pasangan selebriti popular itu memberi respon kepada gurauan ibunya.
“Tak boleh,” jawab Fatima.
Netizen Terhibur
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat keletah Fatima yang comel itu. Malah, ada juga yang memuji Fatima pandai bertutur dalam Bahasa Melayu.
“Wow anak artis Melayu pandai cakap Melayu.
“Macam tu je Fazura kena sailang.
“Fatima, you power gila sampai Fazura pun kalah.
“Serius lah Fazura kalah dengan budak kecik ni,” antara netizen yang berseloroh.
Setakat artikel ini ditulis, video Fazura itu telah mendapat tontonan sekitar 4.6 juta diikuti lebih setengah juta tanda suka.
@fazuraofficial 😔 apa nak buat ya?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.